Resepi Puding Karamel Mudah untuk Iftar

Pejam celik, pejam celik, tup tup dah nak puasa dah. Tak sangka secepat ni kan. Bermulalah rutin bangun subuh untuk bersahur selama sebulan. Dah sedia tak?

Kalau sahur, selalunya family i tak kisah sangat nak makan apa. Nasi panas dengan telur dadar je pun dah cukup. Betul. Sebab waktu sahur ni mata mamai lagi. Selera tu macam ada tak ada je. So, kena tackle dengan menu yang panas-panas. Biar terbuka sikit mata tu. hihi

Bila sebut waktu sahur, mesti ada waktu berbuka. Even ada je yang ter-skip sahur, waktu berbuka mesti tak boleh tinggal. Yelah, dah seharian menahan lapar kan.

Untuk waktu berbuka pula, hah mulalah demand nak makan itu nak makan ini. Dulu-dulu, asal waktu buka je i tak boleh tak ada murtabak. Murtabak tu lah pembuka selera i. Kadang, boleh lak tu bantai murtabak sepapan sorang-sorang. Makan pula masa masih panas. Memang tak tengok orang kiri kanan. Tau tau dah licin.

Tu dululah. Sekarang, takde murtabak pun takpe. Murtabak dah mahal kot. So, boleh je berbuka dengan makanan biasa.


Sekarang, i dah jatuh cinta dengan Puding Karamel. Puding karamel atau juga puding telur adalah salah satu dessert favourite i. Kenapa? sebab senang nak buat dan rasa dia sedap gile! Sesuai sangat kalau nak hidangkan masa iftar.

Pernah dengar tak puding ni? I tau pasal puding ni pun sejak puasa 2 tahun lepas masa nak beli makanan untuk berbuka puasa. Agak mahal juga dijual untuk 1 potong. Tapi sedap ya ampun. Sampai berkali-kali i beli.

Puding karamel ni ada banyak versi. I dah banyak kali buat tapi ada je yang kurang. Puding tawarlah. Puding terlebih manis. Puding lembik sampai hancur. Karamel hangus, pahit. Puding bau telur sebab lupa letak esen vanilla. Machiam machiam tauu. T_T

Bagi i, puding karamel yang sedap bila pudingnya sedang-sedang manis, teksturnya lembut dan warna karamel keperang-perangan. Bukan hangus ye. Sebab bila pahit tak sedap. huhu.. Karamel yang diletak dekat bahagian bawah puding tu akan jadi lebihan air yang manis-manis sikit lepas masak. So, bila makan dengan puding yang manis sedang-sedang, gabungan rasa keduanya akan jadi just nice. nyummehh

Kali ni, i akan share resepi puding karamel yang lembut, sedang-sedang manis dan paling penting, mudah. Boleh jadi pencuci mulut atau pembuka selera masa nak berbuka puasa nanti.


BAHAN-BAHAN:
4 biji telur saiz A (5 biji kalau saiz B)
1 tin susu cair
4 sudu besar gula (saya pakai sudu makan)
170 ml air
Sedikit esen vanilla

CARA-CARA MASAK:
Mula-mula sediakan karamel dulu. Tapi sebelum tu, sediakan loyang atau bekas untuk masak puding tu k.

Untuk karamel, masukkan 5 sudu gula dan 3 sudu air ke dalam kuali. Kacau sampai jadi warna perang. Agak-agak dah jadi warna perang tu, cepat-cepat masukkan dalam loyang. Ratakan karamel dan biarkan sejuk.

Sekarang nak buat puding pulak.

Ambil mangkuk ke besen ke, tapi saiz sederhana. Pecahkan telur dan gaul sebati. Masa gaul tu, jangan sampai berbuih. Gaul sampai pecah kuning je.

Lepas tu masukkan susu cair, gula, air dan esen vanilla. Kacau semuanya sampai gula larut k. Tapi make sure jangan sampai berbuih.

Dah habis sebati semua, tapiskan adunan masuk dalam loyang yang dah dituang karamel awal-awal tadi. Kemudian bungkus loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 45 minit atau sampai masak.

Kalau dah masak, biarkan sejuk dulu. Bila dah sejuk, terbalikkan loyang dengan berhati-hati. Nak lagi sedap, letak dalam peti sejuk dan makan masa sejuk-sejuk. Nyaman k nyaman. :P

Senang tak?

Okey sebenarnya ada 2 cara untuk masak puding ni. Samada kukus atau masak guna oven. Tapi i tak retilah guna oven. Dah cuba, tapi tak jadi. So, kukus jelah macam biasa.

Pengukus tu tak kisahlah macamana pun. Tapi dekat Lazada Malaysia ada satu pengukus yang mak i syorkan pakai. Sesuai sangat kalau nak guna untuk kukus puding karamel kita ni.


Klik untuk Beli

Jangan taktau ye Lazada ada buat Marhaban Ya Ramadhan dan Riang Ria Raya sale (http://www.lazada.com.my/riang-ria-raya/) bermula dari 19 Mei sehingga 30 Jun yang mana uols akan dapat diskaun istimewa sampai 90%! haahhh kauuu. Terjojol bijik mate.

Pergilah website Lazada sekarang and jangan sampai tertinggal tau.

posted from Bloggeroid
Previous
Next Post »

3 Comments

Click here for Comments
Mar Mansor
admin
May 28, 2017 at 11:34 AM ×

Memang sedap puding karamel tapi say buat tak pernah jadi.huhu
Janji Kita

Reply
avatar
June 23, 2017 at 1:35 PM ×

X bungkus ngan aluminium foil boleh x.

Reply
avatar
Anonymous
admin
October 5, 2017 at 11:14 AM ×

Boleh je kalau takde aluminium foil tu. 😊

Reply
avatar