Friday, November 18, 2016

Asyraf my baby boy!

Dear anak mommy yang makin besar dari hari ke hari. Mommy dan abah selalu doakan supaya kekasih hati dunia akhirat kami ni sihat selalu. Mommy dengan abah, alhamdulillah. Sihat. Abah tu tak sabar tau nak jumpa Asyraf. Eh, mommy belum bagitau eh jantina anak mommy ni? Tssk!

Masa 8/11/2016 tu, mommy jumpa doktor untuk scan. So, dia scan lah macam biasa. Tapi part sedih dia bila doktor tak sua monitor untuk mommy tengok. Sedih tau. Sambil-sambil doktor scan, dia tanya mommy. Nak tau tak jantina anak mommy ni? Ke nak surprise? Mommy tak fikir panjang. Mommy cakaplah takpe biarlah mommy tau jantina anak mommy ni awal-awal.

Then doktor kata, baby boy. Sebab dia nampak dari skrin sambil tunjuk dekat mommy. Tapi kan sayang, mommy manalah pandai tengok. Cuma, masa doktor tu tunjuk 'wee wee' anak mommy ni. Mommy cuma kata ohhhh. Padahal tak nampak apapun. Hehe. Sorry sayang! So, mommy taulah anak mommy ni baby boyyyy.

Actually, mommy dengan abah tak kisah pun baby boy ke baby girl ke. Sebab mommy tak terlintas pun nak ada specific jantina. Tapi bila tau anak mommy yang bakal lahir ni baby boy, alhamdulillah. Asalkan sihat membesar sudah ye sayang. Cuma, mommy memang boleh agaklah baby boy sebab entahlah. Naluri ibu kannnnn.

So, lepas je tau anak mommy ni starring. Gigih tau cik Ngah nak carikan nama untuk anak buah dia ni. Mommy tak kisah sangat. Abah pun serahkan tugas pencarian nama pada mommy. Tapi kena bagitau dulu dekat abahlah untuk dapatkan persetujuan. Heee.

Cari punya cari, akhirnya kitorang pun jumpa nama yang sesuai beserta maksudnya sekali. Sebelum cari, mommy dah tetapkan awal-awal untuk cari nama yang pendek je. Sebab mommy tak nak susahkan abah, atok, nenek untuk sebut nama anak mommy nanti. InsyaAllah, nama ni adalah yang terbaik.

Rasanya dah tau kan apa nama yang mommy dah jumpa? Yes sayang. Asyraf! Mommy nak bagi nama anak mommy ni Asyraf. Maksud Asyraf ni yang mulia. See, cantik kan maksud dia secantik namanya. Sebab mommy nak anak mommy ni jadi anak yang secantik nama dia. Asyraf. So, apa kata abah? Mula-mula abah macam terkial sikit. Tapi, dah balik-balik sebut. Alhamdulillah. Abah pun setuju. Kita deal guna nama Asyraf ye?


Asyraf nampak tak jam dekat gambar yang mommy screenshot atas tu? Bukan petang ye. Pagi. Eh ke subuh? T_T Mommy terjaga tadi. Dah buat itu ini, eh mommy sempat makan tau. Lapar. Ke anak mommy ni yang lapar? Mommy makan kejap, then masuk bilik balik. Abah tengah tido. Mimpikan Asyraf kot. Hehe. Masa mommy tengah taip ni, Asyraf diam dalam perut mommy. Tapi awal-awal tadi Asyraf ada gerak jugak. Mungkin sedar mommy masih berjaga kan. Ke tak selesa mommy baring mengiring sebelah kanan? Ala, mommy tak tau Asyraf selesa belah mana. Sorry sayang! Sekarang Asyraf dah senyap. Tido balik kot ikut abah.

Okeylah anak mommy. Pagi ni abah nak bangun pergi kerja. Mommy tak iron lagi baju abah. Semalam mengantuk sangat. So pagi nanti mommy kena awal untuk iron baju Melayu abah. Sebab hari ni kan Jumaat. Pagi, abah ada bacaan Yassin dekat tempat kerja. Lepas tu tengahari nak pergi solat Jumaat pulak. Nanti Asyraf dah besar, bolehlah ikut abah pergi sekali solat Jumaat. Balik dari solat, kita makan tengahari sama-sama. Eh apa mommy ni. Jauh sangat berangan. Hee.

Stay safe and healthy sayang. Mama dengan abah sayang Asyraf tauuuu.

posted from Bloggeroid

Wednesday, November 16, 2016

Iberet Folic untuk Ibu Mengandung

Dah jadi routine sebulan dua kali kena pergi klinik untuk jumpa nurse sebab kan i ada anemia. Anemia while you pregnant tak elok ye sebab akan effect mommy dan anak yang ada dalam kandungan. So, kena cantikkan HB tiap kali jumpa nurse.

Mari throwback sikit as i anemia masa mengandung which is kesannya kena pada baby. Sian baby mommyyy :-(

Ini rentetan keputusan HB dari awal check sampailah kandungan dah cecah 5 bulan.

7.6
8.2
9.0
9.0
8.6

Its drop! Last jumpa doktor untuk scan baby, doktor kata baby kecil seminggu. Kurang zat besi. Omaigod. My babyyyyy. Ini semua salah mommy.

Masa awal-awal dulu, tekak tak boleh nak terima ubat iberet folic yang doktor kasi. Mungkin alahan di awal mengandung kan? Tak boleh terima bau ubat yang semerbak tu. Even dah telan masuk dalam perut pun, dia punya sisa bau rasa macam naik semula ke hidung and of course sangat mengganggu. Thats why lah boleh muntah kan balik ubat tu. Bayangkanlah, bila tengok kotak ubat tu pun dah rasa loya semacam. Semenjak tu, berhenti sendiri dari terus makan ubat sampai husband tiap-tiap hari suruh makan tapi degil juga punya pasal. Hmm.

Bau semerbak tu 1 hal. 1 lagi bila dah muntah, ya Allah. Imagine ye pagi tu masa teman suami sarapan, tak ikut dia sarapanlah tapi standby nak makan ubat iberet folic tuh. Minum air, telan ubat okey sudah. Suami pergi kerja, i pun buatlah kerja rumah macam biasa. A few hours later, dah rasa mual. Am trying very hard nak tahan dari muntah sebab bau dia dah mula naik sampaikan boleh terhidu dari dalam. Tahan punya tahan, akhirnya muntah jugak.

Masa muntah tu, memang sakit ye puan-puan. Dengan perut yang kosong tak ada isi tapi rasa macam kena push aje dari dalam untuk keluarkan semuanya. Nak keluar apebenda lagi? Sarapan pun belum. Semalam takde makan. Air masa makan ubat tadi awal-awal dah keluar. Sampai nangis dekat bilik air sebab tahan sakit masa muntah.

Tapi bila dah keep muntah macam tu, i nak cuba stop. Dah takde apa nak keluar pon kan. Sambil pegang perut, teringat pulak satu video kartun dekat youtube yang i pernah tengok.



Video yang "Hi Mommy... I love you" tu. Dalam video tu konon baby acah-acah tengah story life dia dalam perut since awal mengandung. Ada part mommy dia muntah sebab morning sickness, baby dalam perut tu say sorry dekat mommy dia. "Sorry mommy" dengan suara yang comel. Tetiba rasa macam baby dalam perut ni tengah cakap macam tu. Minta sorry dekat i sebab dah muntah teruk-teruk. Apalagi, i pun rasa macam termotivati dan reply dalam hati,

"takpe baby. demi baby, mama tahan sakit ni asalkan baby sihat. please grow up macam biasa sayang."

Berdialog dengan baby giteww. Then lepas tu, boleh lah calm down sikit. Take time untuk rest so, baringlah kejap nak meredakan sakit muntah tadi. Sedar-sedar dah terlelap.

Bila nurse kata baby kecik seminggu, rasa macam bersalah betol. Ini tak boleh jadi! Nak tak nak kena juga sumbat ubat iberet tu. Start lah check dekat google cara orang makan iberet folic ni. Macam-macam jumpa dan try ikut cara dorang. Alhamdulillah. Some of them work on me. So, stick dengan cara tu dan setakat ni okey. Mungkin kena dengan cara dan mungkin juga alahan dah takde ke macamana? Tak kisahlah lah as long as dapat makan iberet tu sudah.

Cara apa i praktikkan? Okay lemme share with you guysss.

1. Waktu Makan Ubat
Nurse dah pesan, makan ubat ni masa perut kosong. Lepas makan ubat, jangan makan apa-apa dulu. Waktu paling sesuai diambil ialah pada waktu Subuh. Biarlah ubat tu serap dulu then nanti bolehlah sarapan macam biasa.

Tapi i lain sikit. Since duduk sorang dalam rumah, i praktikkan cara ni. Pagi sebelum suami nak pergi kerja, dia sarapan i makan ubat. Lepas suami pergi kerja, rasa macam free sangat sebab takde baju nak basuh ke apa. I masuk bilik, tidur. Tidurlah lepas makan ubat untuk mengelakkan anda melayan alahan ubat tersebut. Bagi serap habis dulu barulah buat kerja mana tak siap. 2-3 jam macam tu, bolehlah bangun dan makan macam biasa.

Kalau tak nak buat awal pagi, malam sebelum tidur pun okey. Tapi since i ni jenis yang asyik lapar bila malam, so tak bolehlah guna cara tu. Ingat ye. Kena makan masa perut tengah kosong. Fikirlah waktu yang sesuai. Jangan sampai jadi benda yang sia-sia bila makan ubat tu. Maksud sini, makan ubat ikut sukahati tak ikut panduan. Kesannya, penyerapan ubat takkan berlaku dan waste your time je makan ubat kalau macam tuh. Baik tak payah makan kan?

2. Makan Ubat dengan Jus atau Buah-buahan
Nurse dan doktor akan galakkan mommies untuk makan ubat iberet folic ni sekali dengan jus buah yang mengandungi vitamin C supaya ubat dapat diserap dengan lebih cepat. Macam i sendiri, akan ada stok jus oren atau buah oren yang masam-masam manis untuk dimakan sekali dengan ubat iberet tuh. So, sisa-sisa bau ubat tu takdelah terhidu ke apa. Laju-laju kunyah buah oren. Rilek kejap, pastu masuk tidur.

Bergantunglah pada diri sendiri. i ada cuba buah lain macam jus mangga sunquick tu. But cannot. Tak boleh sebab gara-gara minum jus tu lah muntah teruk-teruk. Jadi, setialah bersama oren. Oren, oren dan oren. Eh lagipun okey apa. Kot kulit muka boleh jadi flawless kan makan buah oren je. Hewhew.

3. Larangan Keras
Never ever makan ubat dengan minuman berkafein macam milo, kopi, teh. Please dont. Oh dan juga susu. Jangan ye. Sebab minum minuman tu semua akan menghalang penyerapan ubat. Sekaligus tak ada kesanlah. Sama macam tak makan ubat. Mommies cuma boleh minum dengan air putih atau jus buah-buahan. Tapi its more better kalau dengan buah-buahan. Taklah tekak rasa loya sangat.

4. Trik Makan Ubat Iberet Folic
Daya imaginasi i kuat sangat. Bayangan muntah lepas makan ubat tu rasa macam HD betul lalu dalam fikiran ni. Kalau dilayankan sangat, sure muntah. So, apa yang i buat. Sebelum nak telan ubat tu, tangan dah siap-siap kepit hidung supaya aroma ubat tak terhidu. Nak tau betapa kuat bau ubat tu? Silalah hidu jari yang dah pegang ubat tadi. Nescaya ada. Tapi janganlah dibuat lepas dah berjaya telan. Tak memasal keluar balik pulak kang.

Am very lucky sebab suami sangat membantu. Dia tau bini macam dah trauma dengan ubat tu so dialah insan yang sangat sweet tolong bukakan ubat dari packaging dan akan hulur pada bini dia ni lepas jari dah siap kepit hidung. So, i tinggal nak telan je lah. He do that everyday for me. Kadang, dia yang beriya ingatkan. Thanks husband. :-')

Setakat ni, tu jelah yang dapat i kongsi. Its either lupa atau memang tu je tips and trick nya. First day, memanglah macam susah. Tapi cuba lagi keesokkan harinya. Cuba lagi dan lagi. Nanti lama-lama dah lali lah tu nak makan iberet. Lagi 1, bear in our mind yang kita makan ubat tu bukan untuk diri kita je. Tapi untuk baby yang makin hari makin membesar. Kesianlah dekat baby kan. Banyak yang dia perlukan untuk sihat membesar dari dalam perut kita. Kata nak baby sihat. So, mommies kena tabah.

Selain tu, jangan bergantung harap pada ubat je. Makan makanan lain yang mengandungi zat besi macam jambu batu, ikan bilis, peria, bayam. Ada orang galakkan makan hati ayam. Tapi ada juga yang larang. Takut kesan pada anak. Sebab dalam Islam pun tak bagi kita makan organ dalaman kan. Tapi i tak bash orang yang makan hati ayam tu. Terpulang pada diri memasing. Semua nak yang terbaik. So guysss. All the best for me, dan all the best untuk ada.

posted from Bloggeroid

Tuesday, October 25, 2016

Cara Lupakan Seseorang, Bekas Kekasih, Crush



Ini bukan kisah throwback. Tapi memandangkan sekarang dah ramai yang mula frust sebab ditinggalkan seseorang. So i think i should share some ways yang korang mungkin boleh cuba untuk lupakan crush, bekas kekasih dan sebagainya. Oh atau mungkin juga bekas laki atau bini? InsyaAllah, you'll find the way. Di mana ada kemahuan untuk melupakan mereka, di situ ada orang lain akan tunjukkan jalan bagaimana cara untuk lupakan mereka.

Actually, taklah lupa 100% clean and clear seolah-olah mereka tak pernah wujud dalam hidup. This is true. Even dah bertahun pun, for once atau certain time mesti akan teringat balik. Teringat ni doesnt mean korang masih sayang atau rindu. Its just you berdua kan dah pernah create some sweet memories seperti berjalan-jalan sambil gelak ketawa. Okey itu sangat cliche. Tapi something macam tu lah. Kalau lalu je tempat-tempat yang pernah ada kenangan, sure ter-throwback kejap.

Mereka-mereka yang pernah datang dalam hidup kita ni and then pergi, semuanya Allah dah tentukan. Kita jumpa orang tu, kita jumpa orang ni. Its either untuk kita belajar dari mereka atau memang mereka ditakdirkan untuk stay jadi partner till jannah. Woahooo. Sendu gila. Sebab tu kita dinasihatkan, bila sayang berpada-pada. Nanti uols dah sayang gegila, tapi tetiba kena tinggal. Haa tu sebab ada yang sampai nak bunuh diri, ubah diri jadi lebih teruk, memandai tukar jantina, keraskan hati. Padahal tu semua trick syaitan untuk sesatkan manusia.Dorang ingatkan kalau buat benda gila, problem akan selesai. Tapi tak. At the end, menyesal sebab pernah jadi bangang sebab manusia. Useless sungguh bila membangangkan diri untuk manusia yang memang dah sedia maklum boleh berubah bila-bila masa.

Kena ingat, untuk melupakan sangat mengambil masa. Ia takkan berlaku saat kita kelipkan mata. T_T


1. BLOCK
Dipersilakan untuk block mereka di semua media sosial. Tak payah nak bajet cool kengkonon hati dah cukup sado. Tapi bila status si dia lalu dekat newsfeed, ko yang meroyan. Tak payah k. Block terus. Block dekat Facebook, Instagram, Twitter dan sebagainya. Paling penting, kalau dah tau siapa partner baru si dia. Block juga. Block dua-dua. Jangan menggedik nak jadi stalker ke, spy ke. Buang masa. Engko juga yang meraung kalau nampak mereka sedang berbahagia. Jangan jadi bangang k. BLOCK dan jangan sama sekali kau unblock semata-mata untuk melihat perkembangan mereka sedangkan kau masih berkurung dalam bilik.

2. JANGAN MENYENDIRI
Ini penting. Jangan bersendirian. Dahlah bersendirian, dengar pulak lagu-lagu tema masa bercinta sambil terbayang kenangan manis. Lagi payahlah nak move on. Cuba stop dengar lagu-lagu tu. Pasang surah-surah. Pasang Yassin ke. Kalau pasang ayat-ayat al-Quran masa bersendiri takpe. InsyaAllah akan mendatangkan rasa insaf dalam hati pastu terbayang satu persatu dosa masa silam. Elok juga. Muhasabah balik. Mungkin ko dah terpelanting jauh sangat jadi Allah tarik rasa bahagia yang tak ke mana tu.

3. TERIMA KENYATAAN
Inilah hakikat pahit yang susah sangat nak telan. Bercinta bagai nak rak bertahun-tahun. Putusnya sekelip mata tak sampai sejam. Ko kena ingat. Dalam dunia ni kita ada undang-undang. Sayang macamana pun, tetap akan berpisah. Kalau tak berpisah badan, berpisah nyawa. Semua pun akan mati. Setakat si dia nak berambus dari ko, biar je lah. Seriously, dalam hal macam ni. Kau tak rugi apa. Dia yang rugi sebab tinggalkan ko yang sanggup nak sayang dia. So, yang nak pergi. Biarkan dia pergi.

4. SIBUKKAN DIRI
Kalau korang masih student, fokus balik dengan study. Kalau korang kerja, fokus dengan kerja. Jangan biarkan diri lapang sangat. Kena sibukkan diri. Cari kawan yang boleh dibawa huhahuha. Jaga anak buah ke, anak jiran ke, anak kucing ke. Basuh balik semua pinggan ke. Tu habuk-habuk dalam rumah yang dah berkepuk semenjak ko aktif bercinta dulu. Bersihkan. Kalau rasa free sangat, elok ko buat bisnes. Haa, dapat duit. Boleh travel cuci mata. Tengok tempat-tempat baru.

5. LUAH PADA ORANG
Jangan pendam sorang-sorang. Kena cari orang lain yang boleh dipercayai untuk meluah segala perasaan. Kalau ko jadi tempat luahan, dengar elok-elok. Tak payah nak kondem dia lebih-lebih. Pastu salahkan dia. Sapa suruh bercintalah apalah. Allah tengah uji dia. Ko cuma perlu jadi pendengar yang setia. Kalau perlu, selit-selitlah nasihat yang tak menambahkan luka di hati.


6. JANGAN TUNJUK LEMAH
Terutama sekali depan orang yang dah pergi tu. Takpayah nak malukan diri sendiri pergi melutut merayu minta diterima semula. Sia-sia. Kalau betul dia nak, tak perlu nak buat benda yang sia-sia. Dia akan datang sendiri sebab dia tau siapa yang lebih baik untuk dia. Kadang bila dia nampak ko macam desperate nak dia, terhegeh-hegeh pulak tu. Tak mustahil dia akan ambil kesempatan di atas kelemahan yang ko tunjuk dekat dia. Mungkin akan terima ko balik tapi diselitkan niat ada udang disebalik batu. Gunakan ko ke, kikis harta ko ke. So lepas tu siapa yang rugi?

7. INGAT ALLAH
Jangan sekali-kali ko abaikan ini. Kalau sekelip mata ko boleh bahagia, sekelip mata juga Allah boleh tarik bahagia tu. Sanggup lupakan Allah demi manusia. Balik semula pada Dia. Minta pada Dia. Ko tak payah merayu pada manusia. Merayu dan merintihlah pada Allah. Dia lagi tahu apa yang terbaik. Kita ni tak tau apa. Yang kita nampak, elok je. Baik je. Tapi sebenarnya, Allah lebih tau semuanya. Semuanya okey. Termasuk yang tersurat dan tersirat.


Janganlah nak berduka lara sangat. Yang patah tumbuh, yang hilang berganti.

posted from Bloggeroid

Macamana Nak Tahu Pergerakan Baby?



Sangat excited since date nak fly ke Kuala Lumpur dah makin dekat. Lama tak naik flight. Rasa rindu. Flight kali ni pun bukan AirAsia. MAS giteww.

"Eleh, MAS je kot."

Memanglah MAS je kot untuk korang. Tapi untuk i yang dari Sabah ni, woahh! MAS okey, MAS. Ada meal for free masa dalam flight since perjalanan nak ke Kuala Lumpur tu lama. Bagi i yang jarang dapat merasa MAS ni, kira rezekilah dapat naik kali ni sebab tiket murah tersangat gila nak pengsan. Ulang alik laki bini tak sampai RM200 pun. Murah kannnnn? Maka, haruslah beli. Lagipun, my tummy tak besar sangat ketika ini even sekarang dah nak masuk 5 bulan. Tapi seriously. Dalam perut ni rasa macam baby sangat aktif. Kejap-kejap dah boleh rasa dia.

Masa kandungan masuk 4 bulan dulu, doktor ada tanya. Dah rasa pergerakan baby tak? Since masa tu belum kenal hint baby lagi, just cakap takdelah. Doktor pun kata sokay. Baby first kan. Memang lambat sikit. Padahal ada. Cuma tak tau nak explain dekat doktor macamana. Kang suruh doktor imagine pun payah juga sebab masa tu doktor lelaki yang interview.

Tapi pergerakan baby tu tak adalah sampai tahap kicking ke apa. Dia macam something like bubble, angin macam 'bloop', and then ada gelombang yang slow motion tapi sangat terasa. Its hard to explain sebab i cuma rasa dari dalam perut. Ada juga cuba google macamana rasa dia bila baby dah start bergerak. Andddd most of them cakap benda yang sama. Ada rasa bubble something like that. Haa, sama macam yang i rasa.

Tapi awal-awal tu sangat jaranglah dapat merasa bubble itu. Dah masuk 18 bulan, it still rasa bubble lagi tapi makin kerap okeyyyy. Kadang tu rasa geli juga. I mean bukan geli apa. Geli yang sekali terfikir "eh, betul ke baby tengah gerak dalam perut ni?" haa lebih kurang macam tu.

Ada pagi tu, husband usap-usap perut and spontan cakap "baby, tendang sikit." Ah lebih kurang macam tulah ayat dia. And suddenly, i rasa someting like kicking from inside my tummy. Taklah kuat sangat. Tapi... Ohmai, ohmaiiiii. I really can feel it. At the same time, husband pun terasa juga tendangan yang tak berapa nak padu dari baby tu. Husband macam panik, macam excited beberapa saat sambil cakap, "sayang rasa tak? tu baby kan, kan, kan? baby kan?" I pun yang tengok muka husband dalam hati sempat lagi kata, "haaa. rasa juga apa yang mommy dah rasa."

Memanglah excited sama tapi saja buat muka rilek depan suami. Sebab memang dah pernah rasa sebelum ni. Dah banyak kali macam tu. Kadang rasa gelombang yang woahhh sambil bagitau suami, " abang, babyyyyy." Laju tarik tangan husband letak dekat area gelombang tu. But then nothing. Gelombang tu dah takde. Tetiba jadi sunyi sepi. Kecewalah sikit sebab masa tu husband tak rasa apa i rasa.

Ada yang kata, bila baby gerak lepas tu husband ganti pegang perut kita, baby akan senyap. Tak taulah kenapa. Ni pun baca dalam forum mak-mak peknen dari google. I rasa, mungkin baby tak biasa kot dengan tangan ayah dia. Habis selalu mak aje yang duk usap-usap belai-belai perut kan. Lepas makan, usap. Sebelum tidur usap. Tetengah malam terjaga, usap lagi. Bangun pagi, dah usap-usap perut. Nampak tak betapa mommy itu sangat dekat dengan baby nya even cuma dari sentuhan luar saja? Bukan nak kata abahnya takde usap. Adaaaa. Cuma, tak sekerap mak dia lah yang lekat 24 jam.

Lately, i macam dah boleh baca sikit pergerakan baby. Bila baring tak kiralah mengiring ke, menelentang ke, ini baring ye bukan tidur. Kira nak take time untuk rileks lah kejap kan. Mesti ada respond dari baby. Kalau tak bubble tu, mesti gelombang yang slow tapi sangatlah terasa dari dalam. Kadang boleh terkejut sendiri. Tapi takdelah sampai nak jerit. Kejutan dia macam sesaat tapi seronok. Kalau takde kerja, i layan juga cari-cari area mana baby tengah usha.

Kadang tu, i perasan. Baby ni cepat respond kalau dengar bunyi bising. Especially bila tengah duduk atas kerusi depan tv. Kejap je boleh rasa macam dia respond. Tu lah suami pesan. Pasang ayat al Quran dekat sikit dengan baby bagi dia dengar. Oh suamiiiii.

Kandungan dah nak masuk 5 bulan. Tapi perut tak nampak sangat. Ontot aje yang makin besar. Bukan perut. Hahahaaa. Dah tu pulak asyik risau aje. Baby muat tak dalam perut ni? Cukup ruang tak dia nak kuak lentang ke, guling-guling gembira ke. Tapi bila rasa macam baby aktif, urut dada lega. InsyaAllah. Baby sihat. Kadang tu, siap boleh main kejar-kejar lagi cari area mana baby tengah stay. Sayangnya, asyik tak terkejar je. Bila dah sentuh part tu, tetiba dia pindah. Sampai jenuh mak nak kejar tauuuu.

Since ini anak sulung, ramai kata lambat sikit dapat rasa pergerakannya. Eh ye ke? Tak taulah sebab lain orang lain pengalamannya. I pulak, masa di hujung-hujung 17 minggu dah dapat rasa bubble tu. Tapi tak keraplah. Tu pun ingat perut masuk angin ke sebab mana nak tau signal baby dah mula bergerak kan. Kalau nak lebih terasa pergerakan baby, kena tunggu minggu ke 22. Untuk first pregnancy macam i lah. Kalau yang dah berpengalaman, awal dari tu kot.

posted from Bloggeroid

Saturday, October 15, 2016

Tak Pandai Masak atau Malas Masak?


Ada baca artikel "Bakal Mak Mentua Batalkan Perkahwinan kerana Bakal Pengantin Perempuan tak Pandai Masak". Haa lebih kurang cenggitulah tajuknye. Tapi saja i panjangkan. Supaya uols boleh dapat mesej yang cuba disampaikan. Malas nak berkias-kias bagai.

Phew! Lap peluh. I terasa okey uolsss. Dahlah sebelum ni buat entri ISTERI PEMALAS pestu banyak refer pada diri sendiri. Ni nak cerita apa pulak? malas masak?

Ishh. Tak baik tau uols kata i pemalas. T_T

Syukur alhamdulillah MIL i tak macam tu. Sangat baik. Even i tak rapat sangat dengan MIL tapi beliau tersangatlah baik. Menerima seadanya menantu tak seberapa dia ni.

Tak pandai masak. Sebenarnya bukan tak pandai sangat pun. Alah. Boleh je aku masak nasi, masak air, goreng telur, tumis sayur. Boleh jeeeee. Sesedap rasa giteww.

Cuma masakan macam ikan masak cili api, mee masak jawa meleleh, udang masak kari kick. Haa tu semua aku tak reti. Kena refer tok google atau mak aku yang nun jauh beribu batu. Guna waksep je ponnnn.

Alasan yang aku ada, dulu belajar masa lebih banyak tinggal dekat hostel. Dah tu pulak hostel melarang sekerasnya kami buat sesi masak memasak hatta masak air je pun. Apatah lagi nak masak nasi. Memang taklah. Since aku contoh pelajar yang baik, sure tak langgar rules tu semua. 😏

Kalau balik cuti semester pun, tak sempat nak master resepi tu semua. Cuti bukannya lama pun. Takat sebulan lebih. Eyp! Untuk menguasai satu resepi memerlukan masa yang lama okey. Alasan. Baru nak pegang senduk, tup tup dah habis cuti. Kena balik hostel. Terpaksa postpone tauuu.

Lepas tu pulak, habis je belajar tau-tau jodoh dah datang. Nak menolak pun bukan tak tolak. Tapi kuasa Allah. Kahwin lah. Lagipun, laki aku baik. Tak ada cacat celanya. Kalau ada pun, aku just anggap tu kekurangan dia sebagai manusia. Duit hantaran bagi kat aku pun cash hasil simpanan dia bekerja. Tak ada nak loan. Tu yang aku respek. Lagipun, aku ni bukannya perfek sangat nak tunggu lelaki yang bagos. Tak memasal, jumpa lelaki bajet bagos je. Cis! Aku dah masuk topik mana? T_T

Okey dah kahwin, tinggal pula dengan keluarga suami. Sebab apa? Ini aku dah story dalam entri INI Tak sampai berapa bulan kahwin, berbadan dua pulak. Even kena guna khidmat MENGURUT sekali. Tak menyabo nak peknen.

Tapi tu asbab kecil je. Allah memang nak kasi. Mana boleh tolak. Kalau bagi alasan ekonomi tak stabil, macam tak relevan sungguh. Seolah-olah takut rezeki tak ada. Tak boleh tauuu. Anak tu rezeki jugak k. And, Alhamdulillah. Rezeki awal sampai kannnnn.

Sekarang kandungan dah 4 bulan lebih. Zaman-zaman mengidam dah berlalu. Kalau dulu hari-hari nak makan kfc, sekarang tengok iklan kfc pun nak muntah. Kadang menyampah pun ada sambil flashback balik pehal lah aku ketagih sangat nak hadap kfc tu dulu kan. Masa awal-awal ngandung, aku memang kuat sangat jajan dekat luar. Nasi kerabu lah, ikan bakar lah, itu lah ini lah. Kesian tak kesian je dengan laki. Baru balik kerja bini dah merengek nak makan ayam lah, kambing lah, lembu lah. Syukur tak minta bukan-bukan. Daging payau ke, daging rusa ke, daging arnab ke kan. Heee. Seriau pula bila terbayang.

Tapi sekarang... Tuhan je tau apa perasaan aku. Macam rasa malas nak makan dekat luar. Malas tu satu hal. Kadang tu macam tetiba rasa tak sedap. Macam entahlahlah. Semenjak dua menjak ni memang dah kurang gila ajak laki keluar semata-mata nak cari satu menu je macam char kuey teow hari tu. Tetiba pula feeling nak makan masakan sendiri.

MIL pulak jarang masak masakan macam mak aku selalu masak. MIL masak simple je. Ikan masak sup, ikan masak singgang, sayur tumis, kangkung masak belacan. Menu yang ala-ala. Sebab FIL jenis tak makan makanan yang berbau. Contoh macam tomato, NO. Bunga kantan, NO. Asam pedas, NO. Masakan ada gula, NO. Dah macam berpantang pula FIL aku.

So, menu agak terhad di situ.

Sebabnya, since ayah aku dari Semenanjung. Mak aku belajar banyak masakan dari sana especially yang dari Terengganu atau Kelantan. Padahal mak aku Sabahan. Suku kaum Bajau ye. Laksa Penang, Keropok Lekor, Ketam Masak Lemak tu semua kita satu family dah biasa makan. Mak aku selalu masak macam-macam lauk. Dah terbiasa.

Sekarang dah masuk dalam family baru, sure lah tak sama macam family sendiri kan. Mula-mula dulu aku tahan lagi. Tapi dah lama, seriously aku pandai mencari. Tekak Melayu giteww. Bahahaaa.

Nak tak nak, aku mula belajar masak. Sifu aku, tempat aku belajar masak, google. Nak masak lemak, google. Nak masak merah, google. Nak buat sambal belacan, google. Handphone dekat tangan asyik nak google resepi aje sampai 40 tab aku buka penuh dengan resepi semua.

Siang malam. Laki yang tengok pun siap suruh aku print out lagi tampal dekat dinding dapur resepi-resepi tu semua. Senang nak refer katanya. Aku pun tak pasti dia nak kutuk aku ke macamana tu. -.-"

Walaupun hasil masakan aku tak adalah sedap mana kannnn. Tapi kata-kata mak aku, memang membakar semangat. Berkobar-kobar aku nak mendalami ilmu masak memasak ni. Walaupun bergurukan google je. Mak aku kata cenggini,

Dulu mak pun tak pandai masak. Masa mak bujang, mak lah anak dara paling malas dalam adik beradik nak masak. Tapi lepas kahwin je, nak tak nak kena juga belajar. Sedap tak sedap, belakang cerita. Boleh perbaiki. Sebab dalam fikiran mak. Mak cuma nak bagi suami makan. Nak bagi anak makan.

Lepas mak aku cakap macam tu, aku rasa macam mak aku tipu je. Sebab, apapun mak aku masak. Sedap gila. Kau cakaplah masak apa. Masak lemak? Masak merah? Masak rendang? Masak laksa? Semua sedap.

Dulu masa aku kecik-kecik, aku siap tolong mak meniaga dekat kawasan perumahan lagi. Selalu je habis. Kalau tak habis pun, anak-anak dia yang akan habiskan. Bayangkan, masa tengah jual-jual dekat bawah tu. Adik dekat atas dah jerit.

"Mak! Ada kuih lagi? Nak kuih."

Hahahaaa.

Aku bukan nak puji masakan mak aku sebab dia mak aku. Tak. Tapi air tangan beliau memang boleh buat anak-anak yang belajar atau tinggal jauh jadi rindu. Macam aku ni lah.

Asyik-asyik whatsapp, "rindu nak makan masakan mak."

Dapat call je, "rindu nak makan rendang mak."

Aku syak, mungkin sebab utama. Dia mak kita. Orang lain pun ada mak. Aku makan, tak sedap juga. Hohooo. Nak juga masakan mak sendiri. Oh makkkkk.

Sekarang dah jauh beribu batu. Aku nak makan apa, aku whatsapp tanya mak aku resepi. Lepas masak, walaupun aku rasa tak sama macam mak aku masak. Laki aku tetap menambah sampai 3 kali. Puas hati jugaklah even dia takda puji melambung. Padahal, aku tunggu juga kata-kata manis dia. Nan hadoooo.

Tak pandai masak, takpe. Boleh belajar perlahan-lahan. Practise make perfect. Macam belajar matematik juga. Ada formula kan. Kalau hari-hari buat latihan, mesti kau dah faham macamana nak buat.

Masak pun macam tu. Kali pertama masak, kalau tak sedap. Takpe. Cuba lagi. Lama-lama mesti boleh sedap punya. Ni pun, mak aku yang kata.

Jangan je malas masak. Malas ni lain sikit. Dia tau masak. Hebat. Masak apapun sedap. Tapi rasa malas dia tu yang buat dia tak nak masak.

Kot-kot lah nanti anak aku dah besar kan. Aku boleh cakap benda yang sama macam mak aku cakap.

Ah! Malaslah nak repeat. Kau scroll balik dekat atas baca apa yang mak aku dah cakap.

posted from Bloggeroid

Friday, October 14, 2016

Isteri Pemalas


Since i kahwin pun masa baru habis study. So, banyaklah benda pasal rumahtangga tak habis kaji. Masak pun tak reti. Takat yang ala-ala tu bolehlah.

"Habis tu, yang duk gatal kahwin juga tu kenapa?"

Amboi mulut. Laser uolsss. I dah 25 tahun okey masa jadi isteri. Banyak masa dihabiskan dekat universiti dan hostel. Haish... Kalau nak tunggu iols kena master dulu pasal hal rumahtangga ni, memang mereputlah tak kahwin sampai bila-bila. So, kena positif. InsyaAllah, lepas kahwin jangankan master. PHD semua iols boleh lepas. Hidup kena konfident k.

So, kahwinlah iols dengan seorang suami yang serba serbi sederhana.

Sebelum kahwin, asyik je cakap dengan dia "i ni tak sempurna. So, harap kena bersedia menerima seadanyalah." Suami pun iye-iyekan je. Tak banyak bantah. Takut kena cancel majlis nikah agaknya.

Tapi alhamdulillah, takat nak sapu-sapu habuk ke, mop lantai ke, sental peti ais ke. i boleh belaka. Takde hal. Dah biasa kot. Kalau nak kemas-kemas bilik, lipat-lipat selimut, tarik-tarik cadar bagi kenchang. Tu semua memang kepakaran i since ada pengalaman duduk PLKN 3 bulan dulu. Masa latihan, kalau cadar tak ketat, tak tegang, tak umppphh! Siaplah. Memang kena dengan cikgu. Lepas dari tu, terdidiklah diri ini untuk kemas cadar katil bagi fit gitu. Tapi depends on cadar katil juga. Kadang duk tarik hujung sana, hujung sini still juga takmo kencang. Yang tu, malas nak layan.

Tapi lepas kahwin, ikut pula husband tinggal dengan family dia. Sebab family kecik kan. Tak sampai hati nak tinggal. Dua beradik je kot. Masa tu i kerja. Waktu kerja pula bukan office hour. Masuk pukul 10 pagi, balik 8.30 malam. So, jadual tak berapa nak chantek lah dekat situ. Alhamdulillah, husband dengan family faham dan tak ada pula bising-bising.

Lagipun, semua dah sedia maklum sebelum kahwin i memang kerja. Mungkin kesian kat menantu baru nanti bosan duduk rumah je. So kasi lah chance kerja untuk sementara waktu.

Memandangkan iols dah kerja. Seriously, tak ada masa nak buat kerja rumah. Selalu tak sempat. Masak untuk suami lagilah. Kecuali sabtu ahad. Banyak kerja dekat rumah tu, mak mentua yang buat. Rasa bersalah jugak. Tapi nak buat macamana. Kerja. Tapi tak adalah semua benda mak mentua yang buat. Baju i dengan husband mestilah cuci sendiri. Tak ada masa macamana pun, kena juga curi masa nak basuh pakaian weols husband and wife. Pernahlah jugak berapa kali. Terlanjur delay basuh pakaian. Menggunung kain dalam bakul i uolsss. Paksa bawa suami gi dobi self service. Gila nak bagi mak mentua basuh. T_T

Balik dari kerja dah malam. Masa dalam kereta nak balik tu dah plan nak goreng ikan masin je sebab nak masak sedap-sedap tak pass lagi. Tapi sampai je rumah, mak mentua dah siap-siap masak makan malam. Tinggal nak kaut sumbat masuk dalam mulut dan kunyah je. Terharuuuuu. Rezeki tak rezeki dapat keluarga sebaik ini.

"Depan kau baiklah, belakang kau entah-entah dah kutuk habis satu kampung. Baru tauu."

Ish! Tak habis-habis negative thinking.

Masuk bulan ketiga, dapat pula berita iols pregnant. Haaa. Memang tu yang ditunggu family especially belah suami. Asyik tanya dah ada isi ke belom. Letih tau dengar. Bukan tak usaha tapi belum masanya. Tapi lepas 3 bulan. Finally, lekat juga. Semua seronok.

Dah tau i pregnant, semua pakat risau i masih kerja. Takmau i buat kerja berat. Kan kandungan masih lemah. Lagipun, cucu pertama kot. Kenalah jaga sebaiknya. Itu tak boleh, ini tak boleh. No, no, no.

Nak tak, kena juga berhenti kerja sebab diri sendiri pun dah mula rasa lelah yang amat. Penatnya yang mengalahkan bekerja sehari suntuk. Padahal tak buat apapun. Asyik nak terbaring aje. Serious sangat penat sampai level muka pucat tak cukup darah. Nasib baik tak pengsan. Maka, berhentilah kerja dan bermulalah hari-hari sebagai suri rumah sepenuh masa.

Dekat rumah pula, masih lagi tak dapat buat kerja sangat sebab mak mentua tersangatlah prihatin. Asyik suruh rehat manjang. Manjakan sangat menantu dia ni. Husband pun macam tu. Dia nampak je bini dia pucat sikit, terus suruh duduk atau baring. Risau sangat.

Pernah juga buat kerja sikit-sikit. Tapi husband keep suruh rehat. Jangan banyak sangat buat kerja katanya. Lagipun, dalam rumah ni takde budak. Yang tinggal pun 5 orang je. Semua dewasa. So, kebarangkalian untuk bersepah tu sangatlah tipis. Tak adalah banyak kerja nak buat.

Husband sangat fahamkan isteri dia. Tak pernah desak buat kerja-kerja rumah. Yang mana dia boleh buat sendiri, dia buat. Macam basuh pinggan sendiri lepas makan ke. Kumpulkan baju-baju kotor ke. Sangat memudahkan bini dia ni.

Betul uolss. Masa mengandung ni, banyak sangat benda i kena deal. I bet, most of bakal mommy yang first pregnancy dia pun mesti ada rasa perubahan yang sangat besar dalam diri. Fizikal, mental. All mixed together. Dengan alahannya, dengan tidurnya, dengan laparnya, dengan emosinya.

Tapi Allah mudahkan. Even kadang diri rasa macam tak kuat tapi i survive jugak. Alhamdulillah. Kena banyak bersyukur nih.

Kadang tu, memang rasa bertuah jugalah. Mungkin ni rezeki yang Allah gantikan dari masa iols kena uji sampai nangis-nangis dulu. Hadiah dari kesabaran dan keredhaan menerima takdir hidup. Tsskk. Sebab rezeki kita ni lain-lain. Tak sama. So, i anggap jelah ini salah satu rezeki yang Allah nak bagi.

Pernah juga tanya husband. I ni isteri pemalas ke? Sungguh-sungguh dia nafikan geleng-geleng kepala kata tak sebab takut wife dia merajuk. Kalau dah merajuk, susah nak pujuk! Hahaaaa.

posted from Bloggeroid

Thursday, October 13, 2016

Gunakan Sihir sebagai Pemisah

Telefon bimbitku berbunyi. Ada whatsApp.

"Salam. Ti, kau busy?"

Memandangkan bekalan elektrik putus, jadinya aku hanya berbaring.

"Wassalam. Taklah. Aku tak buat apa-apa. Blackout sini. Ada apa?" aku membalas.

Mana tahu dia ingin ajak berjumpa. Aku boleh bersiap sekarang juga.

"Aku nak share sesuatu dengan kau."

Perkataan 'sesuatu' sedikit menarik hatiku.

"Alah kau ni. Macam tak kenal aku. Share je. Aku sudi mendengar."

Perkataan mendengar agak tidak sesuai. Kerana kami hanya saling berbalas teks melalui whatsApp. Tapi tak kisah. Yang penting aku sudah tidak sabar ingin tahu apa yang dia mahu kongsikan.

"Aku tahu kau ada blog. Selalu juga aku baca blog kau. Pandai kau mengarang kan?"

Sempat pula memuji aku.

"Tak adalah Rima (bukan nama betul). Blog aku tu biasa je. Ini ke benda yang kau nak share?"

Rasa teruja ku sedikit demi sedikit berkurang. Mungkin dia mahu soal siasat tentang blog sahaja. Maknanya tak ada cerita menarik. Okey tak mengapa. Aku pasrah.

"Eh tak. Ada benda lain aku nak share. Tapi aku ada permintaan. Kau tulislah cerita ni dalam blog kau. Boleh juga orang lain tahu. Cuma, aku tak bagitaulah orang-orang yang terlibat. Nak jaga nama mereka."

Aku mula membetulkan posisi. Pantas jari aku membalas.

"Hal kecil je tu. Kau nak share apa? Cerita je kat aku."


"Kau percaya tak benda-benda sihir?" soal Rima.

Aku terdiam sebentar. Sihir?

"Kenapa dengan sihir?" balasku bersemangat.

"Kau pernah dengar pasal sihir pemisah?"

Seingat aku, sihir ni untuk menyakitkan orang lain. Tapi menakutkan juga bila bercerita pasal sihir ni.

"Pernah kot. Yang nak pisahkan suami isteri tu eh? kataku.

"Lebih kurang macam tu lah. Tapi ni bukan suami isteri. Tunang."

Aku tidak membalas. Hanya menanti balasan dari sahabatku.

"Ceritanya macam ni. Lelaki ni dah sah bertunang dengan seorang perempuan. Tapi aku syak, dugaan bertunang kot."

Aku tekun membaca. Tapi tidak membalas. Sengaja memberi dia ruang untuk menghabiskan cerita.

"Ti, kau baca tak apa aku hantar tu?"

Alamak. Perempuan ni. Aku dah bagi peluang untuk dia bercerita tanpa aku mencelah, sibuk pula tanya aku.

"Aku dekat sinilah. Aku baca apa kau hantar. Aku tak reply apa-apa sebab nak bagi kau fokus cerita. Kau selesaikan dulu cerita kau tu. Nanti aku reply k."

Rasa macam nak jentik dia pun ada.

"Oh ye ke? Okey okey. Aku habiskan cerita."

Seperti dijanjikan, aku bersedia untuk membaca sahaja. Tiada balasan dariku.

"Masa dorang bertunang, lelaki tu dipertemukan dengan seorang perempuan lain. Aku panggil miss.K jelah. Mula-mula lelaki tu tak layan tapi syaitan berjaya hasut dia. Hari demi hari hubungan dia dengan miss.K makin rapat.

Sampailah mereka mulai jatuh hati. Miss.K tu tau lelaki tu dah bertunang. Dia sedih juga. Tapi nak buat macamana. Lelaki tu tak boleh putuskan pertunangan atas sebab-sebab tertentu.

Kau tau lelaki tu buat apa?

Dia pergi jumpa orang dengan niat untuk buat tunang dia sendiri yang pisahkan pertunangan mereka.

Orang yang cadangkan dia pergi jumpa dukun tu kata, dukun tu terkenal juga sebab rata-rata orang yang jumpa dia mesti akan berjaya.

Lelaki tu pergi tempat yang dikatakan. Masa jumpa dukun, dia ceritakan apa yang berlaku.

Dukun tu faham dan dia ada suruh lelaki tu bagi tunang dia minum sesuatu supaya tunang dia akan ada rasa benci.

Lelaki tu berjaya buat tunang dia minum air yang dukun tu bagi.

Ada lebih kurang berapa hari je lagi majlis pernikahan mereka. Lelaki tu dah mula risau sebab tunang dia tak ada tanda-tanda bencikan dia pun. Makin sayang adalah.

Miss.K pun menangis teresak-esak sebab lelaki yang dia sayang bakal berkahwin dengan orang lain.

Tapi lelaki tu tetap percaya yang tunang dia akan putuskan pertunangan mereka.

Sampailah hari pernikahan. Tak ada apa pun yang berlaku. Apa yang dikatakan dukun tu, semuanya tak berlaku. Lelaki tu tak dapat buat apa. Dia tak boleh malukan keluarga. Maka, sah lah lelaki tu dan tunang dia menjadi suami isteri."


"Ti, dah habis."


Aku pun mula menaip sesuatu.

"Ada juga sampai macam tu kan? So, sekarang lelaki tu macamana dan miss.K tu macamana?"

Cerita sahabatku seolah tergantung. Apa jadi pada mereka?

"Aku pun tak tau Ti. Yang aku tau, lelaki tu dah selamat jadi suami pada tunang dia. Miss.K tu pula entah ke mana."

Aku mengangguk. Seolah-olah sahabatku itu ada di depan mata.

Masih panjang perbualan kami. Tapi biarlah aku tamatkan di situ.

Apa yang aku boleh ringkaskan. Inilah dia yang dinamakan jodoh. Kuasa Allah lebih hebat berbanding kuasa dukun tu.

Tolak macamana pun, kalau Allah dah kata. Itu takdirnya, itu jodohnya. Hatta dukun sekali pun tak dapat menghalang.

Dari apa yang sahabat aku cerita, tunang lelaki tu sebenarnya baik. Jaga solat. Mungkin sebab tu Allah lindungi dia. Dia jaga Allah, Allah jaga dia.

Doa aku, semoga lelaki tu bertaubat dan menerima jodohnya kerana apa yang Allah tetapkan buat kita, itu adalah terbaik.

Mungkin miss.K bukan pilihan yang terbaik. Semoga miss.K juga diberikan jodoh yang insyaAllah boleh membimbing dia.

Penulis : Penat juga aku nak mengarang panjang-panjang ni. Phew!

posted from Bloggeroid