Asyraf my baby boy!

Dear anak mommy yang makin besar dari hari ke hari. Mommy dan abah selalu doakan supaya kekasih hati dunia akhirat kami ni sihat selalu. Mommy dengan abah, alhamdulillah. Sihat. Abah tu tak sabar tau nak jumpa Asyraf. Eh, mommy belum bagitau eh jantina anak mommy ni? Tssk!

Masa 8/11/2016 tu, mommy jumpa doktor untuk scan. So, dia scan lah macam biasa. Tapi part sedih dia bila doktor tak sua monitor untuk mommy tengok. Sedih tau. Sambil-sambil doktor scan, dia tanya mommy. Nak tau tak jantina anak mommy ni? Ke nak surprise? Mommy tak fikir panjang. Mommy cakaplah takpe biarlah mommy tau jantina anak mommy ni awal-awal.

Then doktor kata, baby boy. Sebab dia nampak dari skrin sambil tunjuk dekat mommy. Tapi kan sayang, mommy manalah pandai tengok. Cuma, masa doktor tu tunjuk 'wee wee' anak mommy ni. Mommy cuma kata ohhhh. Padahal tak nampak apapun. Hehe. Sorry sayang! So, mommy taulah anak mommy ni baby boyyyy.

Actually, mommy dengan abah tak kisah pun baby boy ke baby girl ke. Sebab mommy tak terlintas pun nak ada specific jantina. Tapi bila tau anak mommy yang bakal lahir ni baby boy, alhamdulillah. Asalkan sihat membesar sudah ye sayang. Cuma, mommy memang boleh agaklah baby boy sebab entahlah. Naluri ibu kannnnn.

So, lepas je tau anak mommy ni starring. Gigih tau cik Ngah nak carikan nama untuk anak buah dia ni. Mommy tak kisah sangat. Abah pun serahkan tugas pencarian nama pada mommy. Tapi kena bagitau dulu dekat abahlah untuk dapatkan persetujuan. Heee.

Cari punya cari, akhirnya kitorang pun jumpa nama yang sesuai beserta maksudnya sekali. Sebelum cari, mommy dah tetapkan awal-awal untuk cari nama yang pendek je. Sebab mommy tak nak susahkan abah, atok, nenek untuk sebut nama anak mommy nanti. InsyaAllah, nama ni adalah yang terbaik.

Rasanya dah tau kan apa nama yang mommy dah jumpa? Yes sayang. Asyraf! Mommy nak bagi nama anak mommy ni Asyraf. Maksud Asyraf ni yang mulia. See, cantik kan maksud dia secantik namanya. Sebab mommy nak anak mommy ni jadi anak yang secantik nama dia. Asyraf. So, apa kata abah? Mula-mula abah macam terkial sikit. Tapi, dah balik-balik sebut. Alhamdulillah. Abah pun setuju. Kita deal guna nama Asyraf ye?


Asyraf nampak tak jam dekat gambar yang mommy screenshot atas tu? Bukan petang ye. Pagi. Eh ke subuh? T_T Mommy terjaga tadi. Dah buat itu ini, eh mommy sempat makan tau. Lapar. Ke anak mommy ni yang lapar? Mommy makan kejap, then masuk bilik balik. Abah tengah tido. Mimpikan Asyraf kot. Hehe. Masa mommy tengah taip ni, Asyraf diam dalam perut mommy. Tapi awal-awal tadi Asyraf ada gerak jugak. Mungkin sedar mommy masih berjaga kan. Ke tak selesa mommy baring mengiring sebelah kanan? Ala, mommy tak tau Asyraf selesa belah mana. Sorry sayang! Sekarang Asyraf dah senyap. Tido balik kot ikut abah.

Okeylah anak mommy. Pagi ni abah nak bangun pergi kerja. Mommy tak iron lagi baju abah. Semalam mengantuk sangat. So pagi nanti mommy kena awal untuk iron baju Melayu abah. Sebab hari ni kan Jumaat. Pagi, abah ada bacaan Yassin dekat tempat kerja. Lepas tu tengahari nak pergi solat Jumaat pulak. Nanti Asyraf dah besar, bolehlah ikut abah pergi sekali solat Jumaat. Balik dari solat, kita makan tengahari sama-sama. Eh apa mommy ni. Jauh sangat berangan. Hee.

Stay safe and healthy sayang. Mama dengan abah sayang Asyraf tauuuu.
posted from Bloggeroid
Previous
Next Post »

5 comments

Click here for comments
Pha Is
admin
November 24, 2016 at 12:36 PM ×

smoga asyraf dapat membesar dengan sihat..

Reply
avatar
Adam
admin
November 25, 2016 at 11:11 AM ×

Salam Jumaat.
Semuga hari ini penuh dgn kesejahteraan dan penuh dgn kebaikan.

Reply
avatar
December 2, 2016 at 11:32 AM ×

hi,saya datang follow sini :)

Reply
avatar
Nora Karim
admin
December 19, 2016 at 2:56 PM ×

Moga baby membesar dengan sihat... amin... moga dipermudahkan juga segala urusan...

Reply
avatar