Hamil selepas berurut

PERINGATAN : Untuk pengetahuan pembaca, tukang urut yang telah mengurut saya sebelum ini berasal dari Sandakan, Sabah. Jadi, jika ada yang benar-benar memerlukan perkhidmatannya. Boleh tinggalkan emel di ruangan komen. Terima kasih.

Sebelum aku nak buat entri ni, adalah aku google sikit nak tengok ada tak yang 'sekapal' dengan aku. Lepas google, ya memang ada. Dapat hamil selepas berikhtiar pergi berurut. Wah! Berurut je dah boleh mengandung? Betul ke kalau berurut comfirm hamil? Haa, ni kena betulkan sikit cara pemikiran tu.

Pergi berurut tu tak semestinya comfirm akan hamil. Bagi aku, berurut ni adalah salah satu usaha dan ikhtiar pasangan untuk mendapatkan zuriat. Samalah macam usaha pergi jumpa doktor untuk cari punca kenapa masih belum mengandung walaupun dah bertahun kahwin. Dan sama juga macam usaha makan pelbagai jenis makanan tambahan atau supplement semata-mata untuk dapatkan zuriat.

Itu semua hanya usaha kita sebagai hamba Allah yang lemah. Selebihnya, cuma Allah yang boleh tentukan samada Dia nak bagi atau tidak. Kan kita dah diajar untuk berusaha. Kemudian berdoa dan mintalah hanya pada Dia. Serahkan pada Allah untuk berikan yang mana baik untuk kita. Dan akhir sekali, kenalah redha dengan ketentuan Allah. Jangan pula mentang-mentang dah usaha sampai menyeberang laut china selatan lepas tu tak dapat apa yang dihajati, mula salahkan takdir.

Memang perkara biasa dalam hidup kita.

Kalau belum kahwin, "kau bila lagi nak kahwin?"

Lepas dah kahwin, "dah berisi ke?"

Dah beranak satu, "bila nak tambah lagi ni?

Mulut manusia. Takkan pernah berhenti untuk menyoal itu ini. Tapi kita pun manusia biasa, kadang memang boleh rasa down dengan soalan-soalan macam tu.

Kisahnya bermula bila mak bagitau kawan satu sekolah aku dulu dah mengandung. Masa tu aku tak ingat, dah berapa bulan aku sah jadi isteri. Mak aku cerita, kawan aku tu mengandung lepas dia pergi berurut dengan sorang tukang urut ni. Berurut sekali je, tau-tau dah lekat. Masalah peranakan katanya. Tak hairan sangat kot sebab kawan aku tu aktif gila bersukan masa bujang. Lompat sana, lompat sini. Kot lah ada kaitan dengan aktiviti dia masa bujang tu kan. Masa tu aku malas nak ambil tahu sangat sebab rasa macam masih awal kot.

Tapi, bila aku balik kampung je. Mesti ada saudara yang tanya. "Dah ada ke? Dah berisi ke?"

Sekali dua, kau bolehlah terima. Tapi kalau dah tiap kali kau balik kampung, dapat soalan yang sama. Rasa macam lainlah pula kan. Aku tak marah. Sedih pun tak sebab aku tau belum masanya lagi Allah nak bagi.

Lagipun, aku kahwin dengan suami tak sampai setahun. Nak menggelabah apa belum mengandung. Honeymoon pun tak pergi lagi tau. Sedih mak.

Mengikut sejarah kedua-dua belah keluarga, alhamdulillah memang tak ada masalah. Serba ramai semua terutama sekali keluarga sebelah mak. Adik beradik mak memang ramai. Siap ada kembar tau. Tapi dah meninggal dan aku sendiri tak pernah jumpa. Dalam keluarga aku sendiri, termasuk aku, kitorang ada 7 orang adik beradik. Tak campur yang gugur lagi. Haa, ramai tak ramai.

Cuma tu lah. Diri aku sendiri. Aku macam rasa aku sakit tapi tak pula pergi buat check up ke apa kan. Satu bendalah yang aku pasti gila dengan diri aku ni. Kurang darah merah! Aku ulang, kurang darah merah ye. Sebab orang sekeliling asyik cakap aku pucat memanjang. Tapi tak pernah pula aku pengsan ke, pitam ke. Tak pernah. Aku assume, darah dalam badan aku ni cukup-cukup untuk diri aku je.

Jadi, sebelum kahwin dan lepas kahwin tu aku asyik rasa aku tak normal macam perempuan lain. Bukan minta-minta tapi aku macam rasa aku susah nak mengandung. Tapi aku tak layankan sangat perasaan tu. Buat tak tau je.

Adalah aku bagitau mak aku pasal yang orang asyik tanya aku dah mengandung ke belum. Mak aku bagilah kata-kata semangat kata sabar je. Mungkin Allah tengah uji. Aku pun iye kan jelah. Kang membantah, derhaka pulak. Lepas tu, mak aku cadangkan untuk cuba berurut dengan tukang urut yang dah pernah urut kawan aku tu. Yang tu, aku tak iye kan terus. Ajak bincang dengan suami.

Maka, berbincanglah aku dengan suami. Mula-mula dia banyak soal juga. Takut memudaratkan diri aku. Tapi last-last dia cakap apa salahnya mencuba. Lagipun, mak aku sendiri yang cadangkan. Manatau ada hasil. Lepas tu pula, aku cuba nak minta pendapat keluarga belah suami. Dan keputusannya mengecewakan.

Nenek belah suami kata tak payahlah pergi berurut. Takut ada isi. Aku terus diam tak jawab apa-apa. Padahal aku tau, masa tu aku baru je bersih dari period. Belum bersama suami pun. Macamana nak ada baby. Okey aku diam. Tak nak besarkan isu. Bincang balik dengan suami. Bincang punya bincang, akhirnya aku ikut kata suami. Ini kan masalah kami. Bukan nak sisihkan keluarga. Tapi nak berusaha. Maka keputusannya, suami bagi aku berurut.

Masa ni, bulan puasa. Kalau aku tak silap, hari ke-20 berpuasa. Last period aku, hari pertama jatuh pada 13/06/2016. Tarikh aku berurut 26/06/2016. Lepas bersih dari period tu sampailah hari aku berurut, memang tak ada bersama suami. Jadi boleh nampaklah peluang nak mengandung tu tak ada kan.

Cerita masa hari berurut pula. Yang aku tau, kalau nak berurut. Kita yang pergi rumah tukang urut tu kan. Tapi yang ni, tukang urut tu yang datang ke rumah. Lagi senang rasanya. Selesa pula tu sebab berurut dekat rumah sendiri. Masa tukang urut tu sampai, mak bawa masuk ke bilik. Adik-adik kecik semua kena suruh keluar. Yang tinggal, aku, mak aku dengan tukang urut tu je. Oh lupa. Suami aku masa tu tak ada sebab dia ada urusan dekat luar.

Sebelum berurut, mak aku bagitaulah dekat tukang urut tu yang aku dah kahwin hampir 5 bulan tapi masih belum mengandung. Lepas dah tau cerita, tukang urut tu suruh aku duduk atas kerusi dan letak bantal dekat bahagian belakang supaya selesa. Dia mula urut bahagian kaki aku. Mula-mula aku tak rasa sakit dia. Makin lama, makin sakit oi! Dah tergeliat macam cacing kepanasan aku nak menahan sakitnya.

Sambil urut kaki, tukang urut tu ada cakap-cakap pasal masalah dalaman aku. Itu ini. Ada betulnya. Sampailah part dia cakap aku ni kurang darah. Haaa kan betul apa aku syak selama ni. Aku kurang darah. Tukang urut tu tak suruh aku makan benda asam macam mangga sementara waktu. Kira berpantanglah. Lebihkan makan telur rebus. Tak makan yang putih pun takpe. Makan yang kuning tu. Rajin minum air ribena. Kena amalkan hari-hari sebab nak mengandung tak boleh kurang darah.

Sambil menahan sakit, aku dengarlah apa yang tukang urut tu cakap. Macam-macam cerita juga aku dengar. Tapi aku macam dengar tak dengar je. Sebab sakit okey dia urut dekat kaki aku tu. Rasa macam nak menendang kot sebab sakit. Mak aku dah gelak. Sakit sikit je katanya. Nanti dah mengandung, macam-macam lagi sakitnya yang aku kena tanggung. Baiklah. Sempat lagi mak aku bersyarah.

Selesai urut kaki, aku diminta untuk baring. Tukang urut tu tekan-tekan sikit perut aku. Dia cakaplah aku ada masalah peranakan. Peranakan tak kembang kalau aku tak silap. Adoi. Dah lupa-lupa. Mulalah dia urut. Urut dekat perut, aku tak rasa sakit macam masa dia urut dekat kaki. Lepas siap urut perut, katanya nak aku bertangas. Tapi disebabkan aku kurang darah, dia tak bagi.

Aku nampak dia ambil tuala sederhana kecil, dia letak sesuatu yang aku tak pasti apa benda. Tapi bau dia aku kenal. Bau-bau kunyit, halia. Lebih kuranglah. Warna kuning. Sahlah kunyit kan. Kena tumbuk lumat dengan beberapa lagi bahan. Lepas tu dia letak atas perut aku. Kena biarkan dalam satu jam atau dua jam baru boleh alihkan. Pakai balik-balik sampai bahan-bahan tu kering sendiri. Lepas dah pakai, boleh simpan dalam peti sejuk. Bukan freezer. Bila nak pakai, keluarkan dan biarkan sekejap baru letak atas perut.

Sebelum balik, tukang urut tu bagi mak aku daun-daun yang aku tak tau apa nama dia. Keesokkannya, aku kena rebus air daun tu dan buat air mandian. Dah selesai semua, sebelum tukang urut tu balik hulurlah duit macam yang dah dijanjikan sebelumnya. Aku memang dah sedia maklum ada bayaran sebanyak RM60. Suami kata, tak apa. Kita berubat kan.

Esok paginya, aku rebus daun-daun tu. Harum semerbak satu rumah bila dah mendidih. Bau ala-ala herba. Aku lupa tanya semalam. Nak mandi sekali dengan daun ke atau air rebusan je? Mak aku kata, mandi je dengan daun tu. Bukannya kotor pun. Okey baiklah. Masa air panas tu aku tuang dalam baldi, tanya mak lagi. Nak tambah air lagi ke. Dasar anak mak. Semua benda nak tanya kan. Mak kata tambah sikit je. Gile nak mandi guna air panas yang baru mendidih tu? Aku tambahlah air sikit dan start mandi. Best okey mandi pakai air tu. Bau dia wangi. Suam pula tu. Slow-slow je aku mandi takut air habis. Boleh pulak macam tu?

Sebenarnya kalau aku boleh bertangas semalam, tak payah dah nak mandi-mandi air daun ni semua. Tapi memandangkan aku kurang darah, tukang urut tak bagi bertangas dan gantikan mandi air rebusan daun je. Mungkin kalau bertangas, lagi cepat kot kesannya sebab kawan aku tu dapat bertangas. Takpe, takpe. Kita usaha mana yang boleh okey.

Dah siap mandi air rebusan daun, aku keluarkan tuala yang berisi kunyit dari peti sejuk. Biarkan kejap dan letak atas perut. Santai gila kot aku masa tu sampai tertidur nak menunggu satu jam. Er, lebih sejam aku rasa. 😂 Berulang kali aku buat benda yang sama. Kecuali air mandian tu lah. Sekali je buat. Yang nak letak atas perut tu buat banyak kali. Ada dalam dua harilah aku sempat buat.

Sesi berurut dan mandian dah selesai. Ada perubahan yang aku dapat rasa. Bahagian perut aku macam ada rasa denyutan. Aku bagitau mak. Mak kata, peranakan aku dah aktif lah tu. Okey dah tak risau. Maka, aku menjalani hari-hari seperti biasa dan bersama suami juga seperti biasa.

Sepatutnya, mengikut apps kalendar yang aku download dari Play Store. Tarikh period aku yang seterusnya jatuh pada 07/07/2016. Tapi tak. No bleeding, no spot. Nothing. Aku tak syak apa-apa. Mungkin period aku dah tak teratur kot. Jadi, aku biarkan je. Sebab masa bulan pertama aku kahwin, pun pernah lewat 6 hari. Ingat pregnant lah konon. Tapi hari ke-7, dah merembes dengan jayanya.

Aku buat tak taulah. Tapi masuk hari ke-7 aku lewat period, gelojoh okey buat UPT. Kot lah betul-betul ada kan. Last-last, nan hado. Negatif. Satu line je. Baiklah mak redha belum ada rezeki. Masuk lewat dua minggu, mula rasa pelik. Tak pernah aku lewat macam ni. Nak cakap mengandung, susah juga sebab aku tak ada rasa mual, muntah, pitam, nothing. Tak ada. Pening sikitlah. Tapi aku agak mungkin penat kerja atau tak cukup tidur.

Bila period dah lewat sampai 2 minggu 5 hari, aku dah seriau. Kalau pun aku tak mengandung, takpe. Aku redha. Jangan je aku ada penyakit lain. Aku risau gila okey. Suami pula ingat kesan aku berurut hari tu. Tak pula aku membantah, tak juga mengiyakan. Pagi tu aku ajak suami pergi klinik nak check aku ni dah kenapa? Lewat period tapi tak juga mengandung. Tapi sebelum ke klinik, aku nak cuba-cuba buat UPT.

Masuk bilik air, buat apa yang patut. Masa tengah keluarkan UPT dari packaging, aku dah siap-siap cakap dalam hati. Kalau tak ada rezeki juga, tak apalah. Berhati-hati aku buat okey. Step by step. Debaran bermula masa nak menunggu keputusan tu. Slow-slow naik. Bila muncul dua line yang jelas sejelasnya, aku buka mata besar-besar. Tengok balik kotak UPT tu untuk sahkan. Betul!! Dua line maksudnya POSITIF. Positif maksudnya, MENGANDUNG! Aku mengandung. Ya Allah. Menggeletar satu badan aku. Aku mengandung ke? Macam masih tak percaya.

Keluar dari bilik air, terketar-ketar aku bagitau suami aku mengandung. Suami pun dapat cakap alhamdulillah je. Macam dah tak terkata dia. Tak sangka nak jadi bapa lah tu. Pagi tu juga kami ke klinik untuk buat pengesahan. Alhamdulillah. Aku betul-betul dah mengandung.

Itulah kisahnya. Semuanya memang rahsia Allah. Kita tak dapat nak jangka. Yang penting. Berusaha, berdoa, tawakal dan redha.
posted from Bloggeroid
Previous
Next Post »

5 Comments

Click here for Comments
Gee Lion
admin
September 16, 2016 at 11:46 PM ×

alhamdulillah.. rezeki.. bukan semua bertuah memiliknya cik tia.
saya pula pas kawen terus lekat..
masa berurut (dah 8 bulan masa tu) punyalah sakit.
hahaha.. rasa macam nak tendang je orang yg urut tu..
i feel you.. bezanya u sebelum, i semasa & selepas.. hehe..

Reply
avatar
October 6, 2016 at 7:52 PM ×

Salam sis..ad no phone n almt mck tu x?sy usha utk dpt bby jugk..tq sis

Reply
avatar
October 6, 2016 at 7:53 PM ×

Salam sis..ad no phone n almt mck tu x?sy usha utk dpt bby jugk..tq sis

Reply
avatar
Anonymous
admin
October 13, 2016 at 12:04 PM ×

Hi sis. Boleh minta nama & cara contact tukang urut tu? Thanks.
missjjwong@gmail.com

Reply
avatar