Resepi Sambal Tumis Terung Mudah



Hari ni saya nak berkongsi dengan anda satu resepi mudah tapi sangat sedap untuk dimakan. Bila buka peti sejuk, nampak sayur terung. Teringin pula nak makan Sambal Tumis Terung. Bahan-bahan pun ada. Okey jom saya tunjukkan bersama gambar yang sempat saya ambil semasa memasak.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

Terung panjang 2 batang
Bawang merah 3 ulas
Bawang putih 3 ulas (saya tak pakai kali ni)
Satu sudu udang kering (rendamkan)
Cili kering yang telah dikisar
Air asam jawa
Belacan
Garam
Serbuk perasa
Gula biasa

Cara-cara untuk memasak:



1. Potong terung kecil-kecil. Kalau saya, lebih suka kecil-kecil. Senang nak goreng, senang nak makan.






2. Panaskan kuali yang telah dituangkan minyak untuk menggoreng terung tadi. Bila minyak dah panas, boleh mula menggoreng terung. Terung ni nak masak ikutlah. Ada yang goreng separuh masak. Kalau saya, goreng biar sampai terung bertukar warna.




3. Selepas selesai menggoreng, alihkan terung dulu. Tumbuk bawang merah, bawang putih dan udang kering yang telah menjadi lembut selepas direndam tadi. Tidak perlu tumbuk sehingga lumat.




4. Panaskan sekali lagi kuali bersama sedikit minyak untuk menumis. Masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi ke dalam kuali dan mula menumis sehingga keluar bau.




5. Bila bawang sudah bertukar menjadi kekuningan, masukkan cili kisar ke dalam kuali. Teruskan menggaul bahan-bahan tadi.




6. Bila cili kisar tadi sudah pecah minyak, masukkan sedikit air asam jawa dan gaul semula. Tidak perlu lama. Sekejap sahaja. Ambil belacan dan ramaskan bersama sedikit air supaya belacan kasar tadi akan hancur dalam air. Kemudian masukkan ke dalam kuali. Kacau lagi. Letakkan sedikit gula, garam, dan serbuk perasa.




7. Jika sudah berpuas hati dengan rasa sambal anda, matikan api dan masukkan terung yang telah digoreng tadi. Gaulkan bersama sekejap.




8. Bila sudah siap, hidangkan panas-panas bersama nasi putih. Memang membangkitkan selera.

Mula-mula saya masak sikit je. Bila adik ipar dah join sekali makan, berselera betul dia. Sampai licin mangkuk siap bertambah nasi dua kali lagi. Saya pun biarkan je dia makan walaupun saya sendiri tak kenyang lagi.

Lepas dia dah pergi kerja, saya mula masak balik sambal tumis terung tu. Alhamdulillah. Kali ni kenyang. Nasi saya pun agak menggunung. Apa taknya. Ada ikan masin dari Kota Belud yang mereka panggil Liking. Memang tambah berseleralah saya jawabnya.

Selamat mencuba 😊

posted from Bloggeroid

Previous
Next Post »

2 Comments

Click here for Comments
Gee Lion
admin
September 20, 2016 at 12:03 AM ×

nasik agak menggunung tu memang akan selalu berlakulah sepanjang tempoh kehamilan ni cik tia.. ^_^

Reply
avatar