Resepi Kari Ayam Mudah dan Sedap Tanpa Santan

RESEPI KARI AYAM TANPA SANTAN PALING MUDAH DAN SEDAP | Saya ni taklah pandai masak sangat. Tapi lepas kahwin, nak tak nak kena juga belajar masak. Samada belajar dari google atau belajar dari ibu atau mak mentua.

Bila ingat masa awal-awal kahwin dulu, memang kelakar jugalah. Hampir semua masakan saya hancur rasanya. Masak kari rasanya pelik. Masak kicap rasanya entah pape ntah. Saya makan pun tekak tak leh nak 'go.'

Yang syok nye bila dapat suami yang tak banyak cekadak walaupun masakan isteri dia tak sedap langsung. Andy tak banyak complain. Tapi saya tau masakan tu tak sedap.

Saya tak putus asa. Belajar punya belajar, lama-lama masakan saya pun dah jadi sedap sebab suami sendiri kata, "terbaiklah yang masakan ni."

Haa, saya pun apalagi. Kembang mengembang lah jadinya. Saya tau suami memang puji betul sebab kalau masakan tu tak sedap, Andy tak kata apa and dia takkan menambah nasi atau lauk. Dekat situ saya dah boleh tau masakan saya tak okey.

Sekarang, walaupun masakan saya taklah sesedap macam dekat restoran tu. Tapi alhamdulillah, mak mentua pun kadang siap suruh saya masak lagi. hee.

So sekarang saya nak share lah salah satu resepi yang mungkin orang kita biasa makan. Ayam Masak Kari Babas. Resepi sangat simple. Tak banyak bahan. Yang penting, masak dengan penuh kasih sayang ye barulah rasa sedapnya akan terhasil secara semulajadi.


BAHAN-BAHAN AYAM MASAK KARI :

Ayam yang dipotong kecil-kecil
Bawang merah
Bawang putih
Sedikit halia
Serbuk kari Babas
Santan/Susu cair (tak letak pun takpe)
Kentang (tak letak pun okey)
Garam
Serbuk maggie cukup rasa (perasa)


CARA MASAK :

1. Tumbuk bawang merah, bawang putih, halia. Tak payah lumat sangat ye.

2. Ambil 3 sudu makan serbuk kari Babas dan letak sedikit air kacau jadi pes. Jangan cair sangat. Biar pekat.

3. Panaskan sedikit minyak di atas kuali. Tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk tadi. Kacau sehingga naik bau. Kemudian tuangkan kari babas dan kacau lagi sampai pecah minyak. Api jangan besar ye. Takut nanti hangus pulak.

4. Masukkan ayam dan gaul sebati sampai ayam separuh masak. Tuangkan air. Masukkan kentang dan biarkan sehingga mendidih.

5. Bila dah mendidih, kalau nak tambah santan atau susu cair, bolehlah tuangkan ke dalam kuali. Tak letak pun takpe. Cuma takde rasa berlemak je. Nak sedap, boleh buh. Bila agak-agak dah masak, tutup api.


6. Biarkan sekejap tapi jangan sampai sejuk. Kejap je. Barulah perasakan dengan gula, garam dan serbuk maggi secukup rasa kalau nak.

7. Hidangkan!


Resepi ni sesuai sangat untuk orang bujang yang baru nak belajar memasak dan nak cepat kejar masa. Tapi kalau saya, susah nak cari daun kari dekat sini. Tu yang buat simple-simple je.

Selamat mencuba semua.
Love,
Tia.
Previous
Next Post »

1 Comments:

Click here for Comments
Mia Kassim
admin
December 2, 2017 at 7:15 PM ×

Kmia pun nda berapa gemar kari bersantan ni. Cam cepat muak klu mkn.

Congrats bro Mia Kassim you got PERTAMAX...! hehehehe...
Reply
avatar