Makeup ringkas dan mudah je

Mak paling tak suka anak-anak perempuan dia makeup sungguh-sungguh. Mean, tebal and over. I start makeup pun masa masuk poli. Umur around 18. Tu pun baru belajar pakai eyeliner and lipbalm.

Sekarang ni, dah pandai dah ber-blusher, eyebrow, bulu mata pelsu. ekekekk

Tapi depends lah. Kalau nak keluar jumpa ramai orang, i memang akan mekap. Tapi yang light punya. Asal nampak fresh and bermaya je. Takdela orang tengok macam zombie baru keluar dari pokok pisang.

Muka i, kalau togel tak pakai apa-apa. Memang pucat. Sampai kadang orang tanya, ko sihat tak ni? macam sakit je. Padahal kita sihat walafiat je pon. Sedih nau nauuu.

Lebih lagi masa mengandung haritu. Ya Tuhan. Dah lah anemia. Muka pucat. Nak mekap plak, dia punya malas memang tahap minta kaki. Jangankan mekap, nak berbedak secoet pun malas gila.

Ni dah lepas beranak ni, pantang pun dah nak habis. Tak boleh tak, kena juga jaga penampilan diri.

Barang makeup i murah-murah je. Ada yang dari Watson, Guardian, Daiso, Box. Harga pun, harga mampu milik. hihi

Makeup ringkas dan mudah je
MUKA


1. Silky Girl Liquid Foundation - Yang ni syok pakai. Pakai sikit je untuk sapuan yang nipis. Since kita pakai sikit je, seriously boleh tahan lama. Lebih dari sebulan. Jimat kan? Masa i nikah and sanding haritu pun, pakai ni lah. Harga lupa lah sebab mak yang belikan.

2. Silky Girl Loose Powder - Lepas pakai foundation, i dap dap bedak silky girl ni. Hasil dia boleh tahan flawless jugak. Harga pun dah lupa sorry. Ohye, loose powder ni sama macam foundation dia. Tahan lama. Jimat gila gila k.

3. Blusher - Blusher ni takde brand sebab i beli dekat Daiso. RM5.30. I suka pakai sebab dia ada kilat kilat sikit pastu kaler dia sweet. Pakai nipis je and hasilnya, wallahhh.


KENING & MATA

Selalunya, i start bahagian kening dulu baru mata.

1. MN Eyebrow Pencil - Banyak-banyak pensel kening yg i dah pernah pakai, yang ni best. Bila lukis je, dia macam lekat dekat bulus kening tu. eh syok lah! Murah pun murah. RM2 je beli dekat box.

2. Coffee & Wheat Pencil - Yang ni i pakai concelear dia je nak tutup bebulu halus kat kening. Tu pun jarang gila pakai.

3. Berus Kening - Berus ni nak guna untuk blend kening lepas pakai eyebrow pencil tu. Selalunya memang ada jual berus khas dia. Tapi yg ni i pakai je dari pensel kening Daiso. Pensel dia tak best. Berus dia okey.

4. Set Obuse Eyebrow - Lepas pakai pencil, dah blend apa semua. I akan pakai obuse ni untuk touch up supaya kening tu tak nampak likat sangat. Obuse ni jenis powder. So, i blend lagi sikit guna kaler yg tengah.

Yang best dengan obuse ni, boleh pakai banyak. Untuk eyeshadow boleh, buat shading boleh, eyeliner boleh. Harga pun murah. Selalu org jual RM10. Tapi i dpt RM6. Murah khennn? Ni boleh pakai lama ye.

5. Eyeliner - Yang ni takde brand. I beli dekat Daiso je. Tapi ni favourite i. Suka gila. Senang pakai, senang bersihkan, and bila terconteng sikit i mean rosak. Ambik je putik kapas korek telinga tu, gosok. Takpayah nak pergi cuci, pastu pakai balik dari awal. Takpayah. Yg ni pun boleh tahan lama jugak. Dah berapa bulan pakai masih ada lagi.


BIBIR

1. Obuse Lip Tint - i suka lip tint. Tambah suka lagi lepas tgk Asyallie pakai dalam tutorial makeup dia. Dap dap sikit je kat bahagian dlm bibir dah dapat bibir Korean Style. esehh

2. Silky Girl Matte - Nak dapat hasil yg lagi menawan, i mix dengan lipstick dari Silky Girl. Memang lawooo. eh, masuk bakul angkat sendiri lah plak. kbai


Haa, tu jelohhh. Nampak macam banyak bahan kan. Tapi takdelah sampai berjam i nak makeup. And hasilnyaaaa,

Makeup ringkas dan mudah je


I tak suka sangat pakai spek sebenarnya. Tapi stock lens takde. Nantilah beli. Perasan tak batang hidung i? kahkah Shading tu baru belajar nak buat. Pakai Obuse Eyebrow tu je. Tarik-tarik siap.

I minat lah dengan makeup ni semua. Entah. Rasa macam hmm. Cantik lahh. Even masa i nikah and sanding dulu pun i makeup sendiri tau. Takde MUA.

Makeup ringkas dan mudah je
Ni masa sanding belah pengantin perempuan. I bangun awal, duduk depan cermin and makeup muka sendiri. Sungguh-sungguh tau. Hasilnya takdelah cantik sangat macam yg MUA buat. Tapi bolehlahhhh.

Kot lah lepas ni i boleh jadi MUA lak kan. haa gitteww
posted from Bloggeroid
Previous
Next Post »

2 Comments

Click here for Comments
May 23, 2017 at 9:01 AM ×

simple but nice! awak guna silky girl matte yang jenis mana eh hehe

Reply
avatar
Mar Mansor
admin
May 28, 2017 at 11:39 AM ×

Pandai solek tu cuma perlu tajamkan skill je.moga jadi mua satu hari nanti.
Janji Kita

Reply
avatar