Luka operate czer berair dan keluar cecair

hi. Nak cerita lagi peristiwa penting lepas beranak hari tu. Kalau boleh, tak nak lupa. Even pahit dan ngeri, manisnya masih ada woi. So, nak abadikan dalam blog. Nanti anak dah besar, sila hadamkan bebaik pengalaman ibu lahirkan awak ye.

i beranak czer. Kalau tanya kenapa, boleh luangkan masa godek entri lama Pengalaman Bersalin Operate.

2 minggu pertama lepas operate, i banyak ulang alik pergi klinik and hospital. Dengan baby yang masih merah lagi. Tabah jelah. Bukan nak berseronok pun kan.

Antara hal yang berlaku dalam awal minggu tu ialah, tempat jahit luka lepas operate keluar cecair. Omaihhh. i dah rasa ngeri sebab benda macam ni lah yang i paling nak elak.

Tapi Allah uji.

Macam biasa, mak i lah yang tolong cucikan luka jahitan. Kenapa? First sebab i tak nampak luka tu since kedudukannya yang berada di bawah perut. Second sebab i seram nak tengok luka jahitan tu. Err, actually i seriau dok imagine camnelah dorang belah perut i haritu. hmm

Masa mak tengah nak lap kering tempat luka tu, dia perasan ada cecair keluar dekat bahagian hujung jahitan belah kanan. Ya Allah... Masa tu, i punya gabra Tuhan je yang tau. Tetiba menggigil takut. Kenapa dengan jahitan tu? kenapaaaaa? 😭


Asal lap je, air keluar. Lap je, keluar lagi. Lepas tu, cuba pula tampal guna tisu kering. Kejap je dah lencun. Air dia kaler kuning-kuning. Kalau tengok, macam ada campur darah sikit. I try juga hidu kot bau nanah ke kan. Tapi takde bau.

Risau punye pasal, habis semua orang i tanya dalam whatsapp. Kawan kerja MA, adik yg tengah praktikal MA, kawan yang kerja doktor, kawan yang kerja nurse. Tak cukup tu, sampai meng-google lagi tau. Semua i bantai tanya.

Sekali dapat jawapan, semua pun lain-lain. Ada yang suruh pergi hospital, check. Ada yang kata tu normal. Just lap sampai kering je. Dah kalau banyak sangat pendapat, i pun jadi confuse.

End up, pergi jugak hospital. Bukan apa. Takut sebenarnya. Yelah, mungkin tak teruk sangat. Tapi kalau dibiar, takut jadi melarat. I takmo lah.

Sampai je hospital, terus pergi bahagian emergency. Masa register kena tanya, apa kes datang. Jawablah, i czer. Tapi dekat tempat jahitan tu ada keluar cecair. Okey. Masuk dalam, tunggu kena panggil.

Sampai turn, masuk bilik. Kena tanya benda yang sama lagi. Kenapa datang yadda yaddaaaa. Pastu nurse letak satu alat dekat dahi untuk check suhu badan. 36 ada point something lah tak ingat. Then kena bagi nombor, tunggu lagi.

Lama juga nak menunggu dekat emergency sebab kan dah kata emergency. Dorang akan dahulukan kes yang memerlukan rawatan segera dulu. Maybe kes i tak berat sangat kut.

Tingg! nombor i tertera. Masuklah. Doktor suruh baring. Dia check tempat jahit, tekan-tekan tanya sakit ke tak. I kata sakit, dia tekan lagi kuat. huh! Pastu tanya i ada rasa demam tak. Katalah takde.

Result nya, doktor kata cecair yang keluar tu takde pape. Normal. Memang biasa jadi. Nurse pulak cakap, tu air lebihan masa operate hari tu. I pun legalah. Ingatkan jahitan terbuka ke, nanah ke apa kan.

Alhamdulillah. Lega sikit.

Doktor just bagi antibiotik dengan ubat penahan sakit. Lepas tu balik.

Sampai rumah, okeylah i boleh tenang sikit. Just kena pastikan tempat jahitan tu sentiasa kering. Lepas mandi je, lap sampai kering.

Kalau nak cuci luka jahitan tu, nurse kata boleh guna air yang hospital dah bekalkan untuk cuci pusat baby. haa, i guna tu je. Lepas tu biar kering macam biasa.

I berbahagia kejap. Tapi..

Few days later, mimpi ngeri i datang balik. Petang tu, masa tengah baring sambil syok tengok tv, i macam rasa ada benda meleleh. Buka, tengok. K fine! I start gigil balik.

Pergi toilet, check. And yes. Cecair yang sama keluar lagi tapi kali ni belah kiri pulak. hmm.

Bagitau mak, minta tolong tengokkan. Masa mak tengok tu, i boleh nampak reaksi muka mak macam lain. ah sudah i cakap dalam hati. Apa pulak kali ni?

Mak tanya adik yg tengah praktikal MA. Dia kata, better pergi klinik sebab lepas dia tengok gambar yang mak hantar guna whatsapp, katanya macam isi tak lekat. huwaaa. Nebes i dah tambah nokss

So, malam tu jugak i pergi emergency balik. Prosedur yang sama. So, takyah citer balik lah.

Jumpa doktor, dia suruh baring. Dia tekan-tekan tempat jahit tu and katanya tak serius sangat. Ada infection sikit je. Tak payah risau. Yang penting kena selalu keringkan tempat jahitan tu.

Okey, lega gilaaaaa

Macam haritu jugak, doktor bekalkan antibiotik dan ubat penahan sakit.

Lepas beberapa hari, cecair tu dah tak keluar. So, bolehlah i tenang sikit. Cuma tu lah. I masih lagi hati-hati. Bergerak pun slow slow je. Tak nak melasak sangat.

Seriously i kata. Nak jaga luka operate ni bukannya senang. Nak kena sentiasa kering. Tapi cuaca masa ni memang cari gaduh. Memanjang je panas.

Tiap kali susukan baby, badan mesti berwap. Kalau dah berwap, tempat luka mesti macam jadi lembap. Kan tak boleh kan. Haa tu lah cabarannya.

posted from Bloggeroid

Previous
Next Post »