Rindu serindunyaaaaa

Assalamualaikum.

Sekarang mood tengah excited nak menunggu hari jumpa family. Around 1 week macam tu. But at the same time, sedih jugaklah sebab kena tinggal husband dekat sini. Nak buat acane. Husband kerja, iols pulak nak ngepit dengan ibu sampai berpantang. Kalau tak, mood leh jadi swing oi. Mana lagi menanggung rindu adik i yang bongsu itu.


Dekat rumah, panggil dia baby. Since baby lagi dah panggil macam tu. Tak sangka pulak boleh lekat sampai ke bujangnya. Beza umur i dengan dia 19 tahun. I sulung, dia pulak bongsu. Cenggitu lah jauh beza umur.

Masa cuti hari tu, adalah nak dekat sebulan. I tinggal dengan family. Since adik bongsu i ni masih dalam kategori baby-baby gitew (7 tahun), so i banyak manjakan dia. Makan, i suap. Nak milo, i buat. Kalau i jalan, balik je mesti ada belikan dia jajan. Kopekkan buah limau mandarin. Eh banyaklah i buat.

Sedar tak sedar, dah jadik rapat dengan adik bongsu i tu. Seronok manjakan dia. Entahlah. Mungkin sebab i bakal jadi mak-mak kot. So, dia punya feel keibuan tu ada. Haa gitew.

Bila dah rapat semacam kannnn. Tibalah masa husband i suh balik sebab dia pun dah rindu dekat wife dia ni. Masa nak balik tu, hati i sayu gila-gila-gilaaaaa! Tengok muka adik i tu tetiba jadi syahdu yang amat. Last day before i nak fly ke Kota Kinabalu, sempat lagi hantar dia ke sekolah. Budak tu macam tau je akak dia nak balik. Maka, keluarlah drama airmata dia tak nak ke sekolah padahal dah sampai sekolah punnnn.

Siyes wehhh. Tak menahan betul masa tu. Ibu suh dia ikut kawan-kawan berbaris. Dia takmo. Meleleh airmata dia kata tak nak. Ni i yang tengok pun jadi sebak tauuu. Since i dekat situ, boleh pulak dia pegi pelok peha i sambil nangis kata tak nak pergi sekolah. Lagilahhhhhhh i nak ikut menangis. Masa tu macam drama gile.

Ibu suh sembunyikan diri. Maka larilah membawa diri pegi kereta. Masuk je dalam kereta, habis jatuh bodorai airmata. Mekap suma hancus. Sib bek tak pakai eyeliner. Huwaaaa. Nangis weh, nangisssss. Terbayang muka dia yang suci dalam debu tu. Sambil tunggu ibu dalam kereta, sambil nangis. Tetiba handphone bunyik. Ibu call.

"Kakak dekat mana? Ni baby nak tengok muka akak ni."

Huwaaaaaaaa. Lagilah takleh tahann.

"Taknaklah bu. Akak takmo p sana dah. Nanti nangisssssss."

Saja tau nak ngosek emosi mak yang tengah mengandung ni. So, lepas tu i dengan husband direct pergi airport. Siyesly. Mood i swing habis. Kejap diam, kejap meleleh airmata. Husband pun dah taktau nak buat apa. Sampai je KK, i jadi murung. Tak banyak cakap, tau nangis je. Makan pon takde selera.

Malam tu, i dah start rindu dekat baby. Buatlah video call. Ya Allah, rupanya baby pun nangis carik i. Asyik dok cakap rindu akak, rindu akak je. Siap ajak ibu ngan ayah mai KK ambik i lagi. Aduhaiii. Ni cuti tahun baru Cina, depa balik kampung. Nanti balik Sandakan, i ikut teros. Dah tukar plan nak bersalin dan habiskan pantang dekat sana terus.

Ni pun gigih taip panjang-panjang sebab rindu lah ni.

posted from Bloggeroid

Previous
Next Post »