Anak sulung kahwin anak sulung tak bahagia

Assalamualaikum.

Refer pada tajuk entri. Woahooo! Anak sulung yang kahwin dengan anak sulung susah nak bahagia. Is it mitos atau fakta?


Betul ke statement macam tu?

Okay actually i memang pernah dengar macam tu. Ko taulah orang tua-tua ni kan banyak pantang larang. I pon dengar ayat kurang lebih macam tu gak lah. Konon perkahwinan yang berlaku antara anak sulung dengan anak sulung ni akan jadik panas. Huu

Sekali lagi soalannya, betul ke idok?

Bagi i, statement macam ni dibuat bukan ikut sukati makpak nenek moyang kita. Mesti ada penjelasan yang logik insyaAllah boleh diterima akal.

First, kena taulah sifat anak pertama atau anak sulung ni macamana. Contoh i sendiri, anak sulung tau. Adik beradik termasuk diri sendiri ada 7 orang semuanya. So, perangai i sebagai anak sulung macamana?

Jujur, benda paling nampak sangat dalam diri i yang lahir sebagai anak pertama ni ialah degil, keras kepala nak ikut dia punya rentak jeeeee. I lah yang betul. Orang lain sume salah. Hahahahaa. Yes thats me. Sebab tu bila dalam perbincangan, i selalu nak orang ikut apa yang i dah plan. Tapi even i ni degil, i tetap ada perasaan untuk mengalah. Dan dalam perbincangan tu sume, i lagi banyak mengalah dan ikut plan orang lain walauponnnn dalam hati macam ada rasa memberontak sikit. Hihihi

Ada jugak anak sulung yang tegas dengan adik beradik dia. Tapi i kurang sikit. Macam i lagi suka kalau nak manjakan adik-adik. Sebab nak adik-adik tu rapat dengan i even jarak umur kita about 19 years macam tu. Bila adik-adik ada problem, i lagi suka slow talk dan tanya apa masalah mereka. I takkan marah-marah jerit-jerit sebab i takut makin i buat macam tu, makinlah weols akan menjauh and problem takkan selesai.

Anak sulung ni individu. Dan setiap individu adalah berbeza. Kalau ada persamaan pun, mungkin kebetulan. Tak ada pun kajian dibuat kemudian mengatakan semua anak sulung di dunia ni degil dan keras kepala macam i. hihi. Mungkin segelintir sahaja.

So, back to our topic. Betul ke anak sulung dan anak sulung yang berkahwin akan ada problem di belakang hari? Hmm bagi i, tu semua masih rahsia sebab kita tak boleh nak jangka apa akan berlaku di masa depan. Cuma Allah yang tau beb.

Contoh, i dengan husband. I anak sulung dan husband pun anak sulung. Setakat ni, tipulah kalau weols tade masam muka. Hailahhhh. Sedangkan lidah lagi tergigit woiiii. Apatah lagilah suami isteri. Tapi tulah ujian selepas berkahwin. Ko hengat lepas ko kahwin, akan ada babak sweet je 24jam? Mimpilah ko. Mimpi wehhh.

Kahwin anak sulung dengan anak sulung ni siyesly sangat menuntut kesabaran yang tinggi. Memasing kena pandai beralah. Kalau dua-dua nak ikut kepala sendiri, memang ke lautlah jawabnya. Tapi between i ngan husband, memang i win lah. Kuat merajuk, sikit-sikit nak mengemo, sikit-sikit nak gewam. Hahaha. Kesian dekat dia sebab lagi selalu nak kena mengalah dengan i.

So, uols yang sulung tu tapi tetiba dapat tau partner pun sulung. Takyahlah gelabah terus nak putuskan hubungan. Ye ye je ko caye benda macam tu. Kemon lah. Its up to you macamana nak handle rumahtangga kalian k anak-anak sulung semua.

posted from Bloggeroid

Previous
Next Post »

1 comments:

Click here for comments
MisDiarios
admin
January 24, 2017 at 11:55 AM ×

emmm payah jugak,, tapi ape pun kena lah pupuk semangat toleransi dantidak mementingkan ego.. :D

Congrats bro MisDiarios you got PERTAMAX...! hehehehe...
Reply
avatar