Air kelapa muda dan air kelapa pandan

Assalamualaikum.

Since i dah masuk 3rd trimester which is due dalam bulan Mac 2017 ni insyaAllah, so i gigihlah minum air kelapa muda. Even bukan hari-hari tapi dalam seminggu tu mesti ada minum. Yelah, harga untuk sebiji kelapa bukannya murah dekat Kota Kinabalu (KK) ni. Paling standard pun dalam RM3 sebiji. Paling murah pernah jumpa RM2.50 tu pun dekat kampung.

Memang ada jual RM1. Tapi yang tu dah tak original dah. Ala, yang orang jual air dalam bekas-bekas besar tu pahtu kalau ada yang nak beli depa buh dalam gelas plastik atau plastik and then cucuk straw. Tu tak ori sebab depa dah tambah ais batu dan gula. So, rasa kelapa tu dah lari berapa kilometer. I takmo. Nak jugak yang sebiji-sebiji tuh.

Ada jual murah lagi. Tapi tu kena beli dekat tamu lah. Tamu Kota Belud, kampung i. Haa situ murah sebab kena jual dengan harga borong. Tapi i is tak larat nak bangun awai sangat tercongok dekat tamu pepagi butaaa. Alternatif lainnya, tutup mata dan beli kelapa harga RM3 sebiji jalan. Bye bye pakcik -.-

Air kelapa muda ni memang sedap, segar. Kalau dapat lalu dekat tekak, rasa nyamannnnn je. Nak tau kelapa tu muda ke tak, lepas dah habis minum air dia cer belah dua kelapa tu pakai parang. Kalau isi dia nipis dan lembut, haa mudalah. Tapi kalau yang isi tebal pehtu keras kematu lak masa nak ngorek isinya, tua lah. Based on pengalaman i lah sebab dekat kampung masa i kecik-kecik dulu puas makan kelapa muda. Jolok je, kopek haa minumlah ko sampai puas. Tapi sekarang buah dah kurang sebab selalu orang kampung ambik tanpa minta izin. Cisss

Orang kata, elok minum air kelapa muda masa dah masuk last trimester. Baby lahir nanti bersih dan putih. Kat merekalahhhh. I taktau kebenarannya. Tapi kalau betul baby i bersih, woahooo. I suke, i sukeee, nak nak. Hihi

Cuma tu lah. Jangan pulak pikey, "kalau aku minum air kelapa ni baby aku mesti bersih dan putih". Lalu uols pun gigihlah perabihkan 5 biji kelapa sekali harungggg. Its a big NO mommies! Kena ingat, tu semua akan berlaku cuma dengan izin Allah. So, jangan lupa minta dekat Dia k.

Ohye, ada jugak yang kata air kelapa muda tak elok diminum masa awal trimester. Tapi i pon tak ingat kalau i ada minum. Hmm. Ingatan tak berapa nak kuat lah sekarang. Ibu i pun tak kasi. I pulak tak kisah sangat masa tu sebab takdelah pulak tekak teringin nak minum air kelapa muda. So, tade masalah. Sekarang ni jelah asyik nak minum air kelapa je. Terbayang kesedapannya. Eh, husband dah gajilah awakkk ;-)



Yang tu cite pasal kelapa muda. Pernah dengar pasal kelapa pandan?

"Eh, kelapa pandan? Kalau daun pandan pernah dengarlah. Sebab mak rajin masak nasi lemak buat bekpes. Tapi kalau kelapa pandan ni acane pulakss?"

Haa, kelapa pandan ni adooo. Tapi tengok tempatlah. Macam dekat KK ni. Tak jumpa lagi. Tapi kalau dekat KB yes ada. Hari tu ibu ada pergi rumah sedara. Dekat rumah sedara tu pulak ada pokok kelapa pandan. Pakcik tu kasi 3 biji dekat ibu. Free takyah bayar padahal buah kelapa pandan ni mahal oi. Ada orang jual RM4-RM4.50 sebiji. Haa, nganga. Padahal buahnya tak besar mana ponnn. Kalau tadah airnya, lahai adalah secawan boleh dapat.

Buah dekat tempat pakcik tu tak banyak sebab ada orang ambik tak bagitau katanya. Huu. Samalah dengan weolsss. So, ibu bawaklah balik buah kelapa tu. Lepas i tau je ibu bawak buah kelapa, terkinja-kinja suh husband kopek sebab eksaited nau nak ghase air kelapa pandan ni. Acane lah rasa dia ek.

Sekali teguk, mak oiii. Sedapnyeeee. Manis lak tu. Bau dia pun wangi ada bau pandan, rasa pun rasa pandan. Memang marvelous oiii. Cuma isi dia keras kematu lah pulek. Dah tua lettew. Takpe, tak kesah. Janji air sedap, mak sukeeee! Kalau ikut nafsu, nak je i perabih 3 biji sekali harung. Tapi takleh ahhh. Orang lain nak merasa jugeeee. Dahlah buahnya mahai. Tak baik tau mommyyyy. Nanti anak dalam perut pun ikut perangai buruk maknyeee. Tamak. Nauzubillah. Mak insaf nak. Heee :P

Tu lah kisah i dengan buah kelapa.

Sekarang ni kan nak dekat due ni, apa je petua yang berkaitan baby bersih, baby putih gebus gebas, senang nak beranak, mudah melahirkan tanpa koyak besar, beranak normal haa tu suma i pantang dengar atau baca. Selagi tak merepek, i ikut je. Yelah, ni kan baby first. Siyes i takmo ada rasa fobia ke trauma ke apa semua tak nak. Kalau ada rezeki, keje i nak beranak je. Amboi. Hahahaaa. Tak merasa lagi duduk dalam labour room dah berangan nak beranak banyak kononnnnn. Ala, tu harapan je. I takleh nak predict masa depan.

All the best to mommies yang lebih kurang atau nak-nak sama due dengan i ye. Contohnye, puan Yuyu Zulaikha. All the best pada kitaaaa :')

posted from Bloggeroid

Previous
Next Post »