Cara Lupakan Seseorang, Bekas Kekasih, Crush



Ini bukan kisah throwback. Tapi memandangkan sekarang dah ramai yang mula frust sebab ditinggalkan seseorang. So i think i should share some ways yang korang mungkin boleh cuba untuk lupakan crush, bekas kekasih dan sebagainya. Oh atau mungkin juga bekas laki atau bini? InsyaAllah, you'll find the way. Di mana ada kemahuan untuk melupakan mereka, di situ ada orang lain akan tunjukkan jalan bagaimana cara untuk lupakan mereka.

Actually, taklah lupa 100% clean and clear seolah-olah mereka tak pernah wujud dalam hidup. This is true. Even dah bertahun pun, for once atau certain time mesti akan teringat balik. Teringat ni doesnt mean korang masih sayang atau rindu. Its just you berdua kan dah pernah create some sweet memories seperti berjalan-jalan sambil gelak ketawa. Okey itu sangat cliche. Tapi something macam tu lah. Kalau lalu je tempat-tempat yang pernah ada kenangan, sure ter-throwback kejap.

Mereka-mereka yang pernah datang dalam hidup kita ni and then pergi, semuanya Allah dah tentukan. Kita jumpa orang tu, kita jumpa orang ni. Its either untuk kita belajar dari mereka atau memang mereka ditakdirkan untuk stay jadi partner till jannah. Woahooo. Sendu gila. Sebab tu kita dinasihatkan, bila sayang berpada-pada. Nanti uols dah sayang gegila, tapi tetiba kena tinggal. Haa tu sebab ada yang sampai nak bunuh diri, ubah diri jadi lebih teruk, memandai tukar jantina, keraskan hati. Padahal tu semua trick syaitan untuk sesatkan manusia.Dorang ingatkan kalau buat benda gila, problem akan selesai. Tapi tak. At the end, menyesal sebab pernah jadi bangang sebab manusia. Useless sungguh bila membangangkan diri untuk manusia yang memang dah sedia maklum boleh berubah bila-bila masa.

Kena ingat, untuk melupakan sangat mengambil masa. Ia takkan berlaku saat kita kelipkan mata. T_T


1. BLOCK
Dipersilakan untuk block mereka di semua media sosial. Tak payah nak bajet cool kengkonon hati dah cukup sado. Tapi bila status si dia lalu dekat newsfeed, ko yang meroyan. Tak payah k. Block terus. Block dekat Facebook, Instagram, Twitter dan sebagainya. Paling penting, kalau dah tau siapa partner baru si dia. Block juga. Block dua-dua. Jangan menggedik nak jadi stalker ke, spy ke. Buang masa. Engko juga yang meraung kalau nampak mereka sedang berbahagia. Jangan jadi bangang k. BLOCK dan jangan sama sekali kau unblock semata-mata untuk melihat perkembangan mereka sedangkan kau masih berkurung dalam bilik.

2. JANGAN MENYENDIRI
Ini penting. Jangan bersendirian. Dahlah bersendirian, dengar pulak lagu-lagu tema masa bercinta sambil terbayang kenangan manis. Lagi payahlah nak move on. Cuba stop dengar lagu-lagu tu. Pasang surah-surah. Pasang Yassin ke. Kalau pasang ayat-ayat al-Quran masa bersendiri takpe. InsyaAllah akan mendatangkan rasa insaf dalam hati pastu terbayang satu persatu dosa masa silam. Elok juga. Muhasabah balik. Mungkin ko dah terpelanting jauh sangat jadi Allah tarik rasa bahagia yang tak ke mana tu.

3. TERIMA KENYATAAN
Inilah hakikat pahit yang susah sangat nak telan. Bercinta bagai nak rak bertahun-tahun. Putusnya sekelip mata tak sampai sejam. Ko kena ingat. Dalam dunia ni kita ada undang-undang. Sayang macamana pun, tetap akan berpisah. Kalau tak berpisah badan, berpisah nyawa. Semua pun akan mati. Setakat si dia nak berambus dari ko, biar je lah. Seriously, dalam hal macam ni. Kau tak rugi apa. Dia yang rugi sebab tinggalkan ko yang sanggup nak sayang dia. So, yang nak pergi. Biarkan dia pergi.

4. SIBUKKAN DIRI
Kalau korang masih student, fokus balik dengan study. Kalau korang kerja, fokus dengan kerja. Jangan biarkan diri lapang sangat. Kena sibukkan diri. Cari kawan yang boleh dibawa huhahuha. Jaga anak buah ke, anak jiran ke, anak kucing ke. Basuh balik semua pinggan ke. Tu habuk-habuk dalam rumah yang dah berkepuk semenjak ko aktif bercinta dulu. Bersihkan. Kalau rasa free sangat, elok ko buat bisnes. Haa, dapat duit. Boleh travel cuci mata. Tengok tempat-tempat baru.

5. LUAH PADA ORANG
Jangan pendam sorang-sorang. Kena cari orang lain yang boleh dipercayai untuk meluah segala perasaan. Kalau ko jadi tempat luahan, dengar elok-elok. Tak payah nak kondem dia lebih-lebih. Pastu salahkan dia. Sapa suruh bercintalah apalah. Allah tengah uji dia. Ko cuma perlu jadi pendengar yang setia. Kalau perlu, selit-selitlah nasihat yang tak menambahkan luka di hati.


6. JANGAN TUNJUK LEMAH
Terutama sekali depan orang yang dah pergi tu. Takpayah nak malukan diri sendiri pergi melutut merayu minta diterima semula. Sia-sia. Kalau betul dia nak, tak perlu nak buat benda yang sia-sia. Dia akan datang sendiri sebab dia tau siapa yang lebih baik untuk dia. Kadang bila dia nampak ko macam desperate nak dia, terhegeh-hegeh pulak tu. Tak mustahil dia akan ambil kesempatan di atas kelemahan yang ko tunjuk dekat dia. Mungkin akan terima ko balik tapi diselitkan niat ada udang disebalik batu. Gunakan ko ke, kikis harta ko ke. So lepas tu siapa yang rugi?

7. INGAT ALLAH
Jangan sekali-kali ko abaikan ini. Kalau sekelip mata ko boleh bahagia, sekelip mata juga Allah boleh tarik bahagia tu. Sanggup lupakan Allah demi manusia. Balik semula pada Dia. Minta pada Dia. Ko tak payah merayu pada manusia. Merayu dan merintihlah pada Allah. Dia lagi tahu apa yang terbaik. Kita ni tak tau apa. Yang kita nampak, elok je. Baik je. Tapi sebenarnya, Allah lebih tau semuanya. Semuanya okey. Termasuk yang tersurat dan tersirat.


Janganlah nak berduka lara sangat. Yang patah tumbuh, yang hilang berganti.

posted from Bloggeroid

Previous
Next Post »

1 Comments:

Click here for Comments
November 9, 2016 at 11:35 PM ×

nice tips! salam perkenalan :)

Congrats bro Busyra Takiyudin you got PERTAMAX...! hehehehe...
Reply
avatar