Temujanji 4 : Membazir darah aku

Entri sebelum ini, Temujanji 3 : Doktor kata kembar?



Mengikut apa yang nurse tulis dalam buku, kandungan dah masuk 14 minggu 3 hari. Tak sangka dah 4 kali ulang alik ke klinik ye. Memenatkan juga. Tapi demi baby, kena gagahkan diri. Kalau ada yang pelik kenapa aku 'rajin' datang klinik, sebabnya HB aku low gila-gila. Bukan 10, bukan 9, bukan 8. Tapi 7 ye. So, haruslah dalam pemantauan.

Hari ni kali ke-4 aku ke klinik. Macam biasalah. Check darah, check air kencing, timbang berat badan, check tekanan darah, check perut. Bukan kejap ye. Start pukul 9 pagi. Selesainya pukul 12 tengahari.

Sampai je klinik tadi, aku dah tau nak buat apa. Nurse dah pesan awal-awal, lepas letak buku dekat kaunter terus pergi hantar borang untuk ambil darah. Siap ambil darah, tunggulah kena panggil nurse.

Masa ni memang lama gila nak tunggu. Aku dah sampai terhangguk-hangguk atas kerusi sebab mengantuk. Haa, padanlah muka kan. Lambat lagi tidur. Zzzz.

Dah sampai giliran aku, masuklah jumpa nurse. Masa ni aku memang dah siap-siap bawa air kencing. Kalau tak, kena sound lagi macam sebelum ni. Tak nak aku. Makanya, bawalah masuk sekali jumpa nurse. Takde apapun. Nurse cuma masukkan strip dalam bekas urine tu, tengok kejap lepas tu dia kata okey. Okey maksudnya tak ada masalah kan.

Dah check urine, nurse check pula tekanan darah. Pun okey. Haa, masa ni aku dah mula nervous sebab aku tak tau HB ada makin naik ke atau macamana. Tapi last-last nurse cakap mesin check darah rosak. Jadi, tak dapat ambil darah hari ni. Dan aku pula dalam hati dah 'hahhhh???!!' Habis yang nurse dah cucuk tadi tu apa? Huuuu. Membazir darah je lah aku hari ni.

Okey redha. Kan dah biasa kena jarum. Nurse suruh naik atas katil. Dia tekan-tekan perut aku. Lepas tu cakap, "haa ni ada ni." Aku tak faham tapi tak berani nak tanya. Jadi biarkan je. Yang penting semuanya okey. Aku okey.

Dah turun dari katil, pergi balik meja nurse. Dia bagi tarikh untuk temujanji seterusnya. Masa tu kena jumpa doktor terus untuk scan baby. Ya Allah. Tak menyabar aku tau. So, kena tunggulah next appointment ye.

posted from Bloggeroid

Previous
Next Post »

1 Comments:

Click here for Comments
Gee Lion
admin
September 21, 2016 at 10:07 PM ×

Saya dulu pun ulang alik g klinik sebab kencing manis. Hujung2 masalah HB rendah plak tapi alhamdulillah.. Mula2 rasa macam leceh sikitkan, tapi nanti dah ada anak dua tiga macam kakak saya, akan rasa benda ni biasa2 je.. kita je yg tak biasa sebab baru nak bermula kan.. ^_^

Congrats bro Gee Lion you got PERTAMAX...! hehehehe...
Reply
avatar