Period lewat, UPT masih negatif

Sebelum sah aku tahu yang aku ni mengandung, tak ada langsung ciri-ciri jelas yang meyakinkan diri aku bahawasanya aku sedang hamil. Tak ada. Tak muntah, tak mual, tak ada sakit itu ini. Memang tak ada.

Tambah membuatkan aku rasa tak mengandung, bila period lewat seminggu. Aku dah buat UPT (Urine Pregnancy Test) atau dalam bahasa Melayu nya, ujian kehamilan. Eh, macam memandai je aku. -.-

Tapi keputusan UPT yang aku dapat adalah negatif. Maknanya tak mengandung. So, masa tu aku cuma syak hormon aku mengada-ngada sikit. Tu yang period lambat acah-acah aku mengandung. Lepas dapat keputusan yang negatif itu, sejujurnya aku kecewa sebab perasaan nak jadi mak-mak tu membuak. Pengajarannya, jangan over excited sangat. Nanti sendiri terluka. Macam aku. Tskkk!

Selepas seminggu tu, aku rileks lagi. Dari hari ke hari tiap kali ke tandas, aku minta-minta supaya bersih je dari apa-apa spot. Red spot ke, brown spot ke. Pleaselah aku kata. Mengharap lagi rupanya. Dan alhamdulillah. Masuk dua minggu period lambat, tak ada apa-apa spot ditemui. Clean and clear.

Tapi dalam masa yang sama, aku tak ada signal mengandung. Aku pun dah mula risau dengan diri aku ni. Apesal lah kau diri. Kalau pregnant, katalah pregnant. Kalau tak, janganlah bagi aku mengharap. Masa lewat 2 minggu tu, aku ajak suami pergi klinik. Tapi suami kata, kita tunggu dulu. Aku pun sebagai isteri yang mendengar kata, akurlah juga.

Dah lewat 2 minggu 5 hari tu, aku terus buat UPT awal-awal pagi. Masa nak buat tu, aku dah bisik dalam hati. Kalau masih negatif juga, kena redha rezeki nak ada anak yang comel macam aku belum sampai. Slowly aku buat UPT tu. Moment masa nampak dua jalur yang terang lagi jelas itu memang tak dapat aku gambarkan melalui kata-kata. Bahagia dia, Allah je yang tahu. Menggeletar tangan aku masa pegang UPT tu. Mandi pun tak basah, asyik senyum je manjang sambil fikir "aku mengandung ke? ada baby dalam perut aku ke?"

Haa, itulah penangan dia. So, lepas ni bagi anda-anda yang lewat seminggu period tu tapi bila check UPT negatif. Bersabarlah. Tetap berjaga-jaga. Jangan buat kerja berat. Jaga diri. Kadang tu, seminggu memang tak nampak. Cuba lagi lepas dua minggu. Apapun, lain orang. Lain cara dia. Teruskan berusaha. Cari ikhtiar. Rezeki takkan bergolek kalau kita tak usaha.

posted from Bloggeroid

Previous
Next Post »

1 Comments:

Click here for Comments
Nur Ashana
admin
August 14, 2017 at 12:56 PM ×

Hi tia.. Nak tnya.. Sepanjang missed period 2 mnggu tu ada bersama suami x atau stop dulu utk pastikan kandungan baik walaupun masa tu belum tahu awak pregnant?

Congrats bro Nur Ashana you got PERTAMAX...! hehehehe...
Reply
avatar