Suami demam boleh jadi petanda isteri mengandung

Hi.



Semalam suami mengadu sakit kepala. Tanya kenapa, mungkin tak cukup tidur katanya. Dah masuk bilik, masih mengadu sakit kepala. Tengahmalam macam tu aku terjaga, tersentuh suami. Badan dia dah suam-suam. Tak adalah aku kacau dia tidur.

Pagi tadi masa breakfast, aku tanyalah. Demam ke? Dia cakap semalam rasa macam nak demam. Tapi pagi ni dah okey. Since dia macam dah sihatkan. Aku pun mengusiklah.

"Ai pregnant kot."

"Eh ape kena mengena dengan ai?"

"Kadang-kadang, wife pregnant. Husband yang dapat isyarat dulu."

Suami macam kurang percaya sikit. Jenuh juga aku nak buat dia percaya. Mungkin sebab tak rasa lagi kot. Hahaa. Actually, aku usik je suami aku tu. Takde pun aku mengandung. Belum ada rezeki. Tapi doa-doakanlah aku dengan suami.

Ada juga aku acah-acah tanya suami. Kalau betul ada baby nanti, sanggup ke bangun tengah-tengah malam bila baby nangis? Bersungguh kata sanggup. Takpe. Tunggu kalau dah betul-betul ada rezeki nanti ye.

Berbalik pada tajuk entri. Hmm. Actually bukan demam je. Kadang, suami yang over kena macam mual, muntah-muntah, mengidam, selera makan macam tak hengat dunia. Tapi isteri, ilek je. Morning sickness tak ada, selera makan macam biasa.

Okeylah tu kan. Sama-sama merasa suka dan duka nak ada anak. 😂

posted from Bloggeroid

Previous
Next Post »

2 Comments

Click here for Comments
June 7, 2016 at 8:50 PM ×

suda check ke? manala tahu betul2 ada rezeki suda. heheehehe

Reply
avatar
ewanthology
admin
June 12, 2016 at 12:38 PM ×

semoga murah rezeki untuk ada anak semdiri...insyaAllah

Reply
avatar