Berniaga tetap berniaga

Adik ipar aku ada buat bisnes minuman. Alaaaa. Minuman yang macam green tea, red tea, mocha, cappucino, frappucino, hazelnut, chocolate. Ambuih. Macam nak bagi menu.

Tipulah kalau tak ada perasaan nak merasa semua flavor tu khennnnnnnn. Tapi, tapi, tapi. Haa ada tapi. Nak minta free, malu lah. Nak beli, kopak duit ahkak. Satu RM5. Agak-agak, kalau beli semua flavor dah berapa? Huuu. Nangissss.

"Kan keluargaaaaaaaa,"

Habis tu kalau keluarga kenapa?

"Takkan nak berkira juga kot,"

Bukan masalah berkira. Bisnes is bisnes. Family is family. Modal nak beli semua flavor tu bukan pakai air liur ataupun bulu misai. Pakai duit. Dan duit bukan bergolek depan mata. Kalau asyik nak free dengan alasan "kan keluargaaaaaaa". Elok tak payah bisnes. Beli, kasi kau je.

Aku memang macam tu. Sebab aku tak anggap mereka keluarga bila ada urusan jual beli. Kalau sekali sekala nak bagi free, tak apalah. Aku pun tumpang gembira. Siapa tak gembira dapat barang free kan. Hahahaa. Tapi kalau selalu. Mahaplah. Penyegan aku ni masih ada lagi. Malu.

Kau bayangkan je kalau kau berniaga dan semua keluarga kau nak ambil free. Kan keluargaaaaaa. 😂


Previous
Next Post »