RM55 hangus, pengajaran untuk aku!

Hi.

Benda ni dah lama jadi. Tapi aku diamkan je. Hari ni baru nak kecoh sebab tetiba pula boleh throwback.

Masa ni aku gelojoh nak cari income. Aku memang pesen yang suka cari duit sendiri since dari universiti lagi. Independent lah konon kan. Tak nak nyusahkan ibu dan ayah asek minta duit. So, aku cari alternatif sendiri macamana nak tambah duit poket. Memandangkan aku ni suka sangat online, aku ada pilihan untuk jana pendapatan dari situ.

Ada sekali tu aku nampak iklan. Dia macam kau campak je RM55, nanti adalah kau dapat. Lebih kurang macam tu lah. Dulu menda ni femes. Huih gila tak femes. Aku pun apa lagi. Jadi bersemangat.

Pembayaran semua dah settle, tetiba aku dapat satu mesej. Lepas dah hadam habis mesej tu. Tetiba hati aku jadi sayu. Apa bendalah aku buat ni. Aku kecewa gila-gila. Mesej yang dia bagi tu macam step-steplah. Tapi lepas aku baca step-step yang dia bagi, sumpah aku rasa nak menangis. Burn baby burn. Hangus RM55 aku.

Aku tak salahkan sesiapa dan aku tak tuding jari dekat mana-mana atau siapa-siapa. Salah aku juga. Gelojoh sangat nak cari income sampai tak siasat betul-betul. Lepas ni sumpah aku tak nak ambil shortcut untuk cari pendapatan especially yang dari online ni. Bisnes lagi bagus wehhh!


Previous
Next Post »

1 Comments:

Click here for Comments
reenapple
admin
May 29, 2016 at 3:19 PM ×

Pernah baca benda macam tu. Nasib baik tak join.

Congrats bro reenapple you got PERTAMAX...! hehehehe...
Reply
avatar