Kenapa berhenti kerja?

Hi.

Actually, apa yang sedang berlaku dalam hidup aku ni betul-betul luar dari jangkaan. Kahwin dengan orang yang aku kenal tak sampai sebulan, berhenti kerja, jadi suri rumah sepenuh masa. All this thing aku tak rancang langsung. Especially yang berhenti kerja tu. Aku tak expect sebenarnya. Tapi aku tak salahkan siapa-siapa juga.

Plan aku yang sebenar-benarnya is kengkonon lepas kahwin aku akan maintain kerja di kedai spek tu. Tapi lain yang jadi. Ada hal lain yang timbul. But then aku fikir panjang, hmm. Aku tak boleh sambung kerja. Waktu kerja aku lebih dari waktu kerja suami. Masuk kerja 10 pagi balik 10 malam. Pestu nak apply cuti pun satu hal. Sabtu ahad tak dapat cuti unless ada emergency. Tu pun kena ada bukti yang sahih lagi benar.

At the end, aku ambil keputusan untuk berhenti. Sumpah aku sedih. Sebab sejak hari pertama kiosk spek mata tu buka, aku dah kerja sana. Dari tak tau apa-apa, sampailah aku pandai serve customer, explain jenis-jenis cermin yang ada, check mata, potong cermin, order lens. Aduhaiiii. Jatuh bangun aku ada situ. Kena marah, kena pinggir, kena pulau, kena perli, ketawa, sedih, menangis, gembira. Semualah. Berat hati aku jadinya.

Tapi aku cuba terima slow-slow. Aku just positif. Manatau lepas ni boleh jadi tauke terus. Hahaa. Awkward jugalah. Sebab aku dah biasa kerja kan. Bila tetiba jadi suri rumah dan stay dalam rumah je, aku jadi culture shock pulak. Aku renung dinding, dinding renung aku. Dan begitulah setiap hari. So, aku pun mula balik aktiviti blogging yang aku dah tinggalkan hampir empat bulan. Pun awkward juga. Otak rasa berkarat sikit nak cari ayat-ayat untuk mengarang sepanjang yang boleh. Mihmihmihhhh.

Laki aku ada tolong juga carikan kerja-kerja yang pakai office hour. Sebab dia risau dengan aku. Takut tak biasa duduk rumah tak buat apa-apa. Mula-mula tu meroyan juga aku. Asyik termenung je. Nak gelak tapi takda kawan. Kalau nak suruh on call dengan kawan, aku ni payah sikit. On call bagi aku macam tak best je. Face to face barulah. Nak gelak macam orang gila pun boleh. Tapi tak buatlah. Takut kena hantar ke bukit padang. Heee.

Since dekat rumah tak banyak sangat kerja nak buat, so waktu lebih banyak diluangkan bersama bantal. Zzzzzz.

posted from Bloggeroid

Previous
Next Post »

1 Comments:

Click here for Comments
Pha Is
admin
April 7, 2016 at 9:04 PM ×

boleh la try jadi blogger sepenuh masa.. hehe...

Congrats bro Pha Is you got PERTAMAX...! hehehehe...
Reply
avatar