Kena pandai buat kopi?

Hi.

Okay fine. Lately tajuk entri aku macam entah apa-apa entah. Semua nak pakai tanda soal. Aku sendiri tak paham. Takkanlah lepas kahwin cara pemikiran pun berubah kot. Isk. Tak faham sungguh aku.

Back to our topic. Gahhh. Its about coffee. Bukan kopi 3 in 1 ye. Ini kopi sebenar-benar kopi. Real coffee. And yes. Aku memang tak pandai nak buat kopi. Aku sedar benda ni masa nenek sebelah somi suh aku buat kopi. Daaaa. Aku baru perasan aku tak gheti nak buat kopi. Kalau milo, teh, nescafe, sirap, bandung, oren, bolehlah.

"Ala, apa susah. Tuang je serbuk kopi tu, buh gula, siap!"

Amboiii. Kalaulah semudah itu khennnn. Tapi masalahnya taste orang tua ni tak sama macam taste orang muda. Dia ada level kopi dan tahap gula dia sendiri baru nak ada rasa kopi tu. Banyak sangat kopi, pahit. Kurang kopi, dah tak ada rasa kopi. Lebih gula, kencing manis. Kurang gula, tawar pula. You see, you see. Bukan senang kan?

Aku memang jarang buat kopi especially kalau masa kenduri, nak bagi jamah orang ramai dan nak bagi nenek-nenek dan atok-atok yang minum. Memang awal-awallah aku tolak tender tu. Sebab pernah sekali aku buat dulu. Mak oi kauuuu. Punyalah banyak complain. Sedu aku jadinya. Start situ, aku macam alergik dan fobia dengan yang namanya kopi ni.

Tapi yelah. Sampai bila nak mengelak ye dak? Nanti cepat atau lambat, mesti ada juga yang suruh aku buat. Kot nak menguji skill buat air aku kannn. Kalau pakai 3 in 1 tak payah kecohlah. Aku tuang je dalam gelas, gaul, buh air panas, dah boleh senyum sampai telinga. Gahhh!

posted from Bloggeroid

Previous
Next Post »

1 Comments:

Click here for Comments
May 4, 2016 at 10:37 AM ×

Kopi sedap kot. Hehe.

Congrats bro Hazmin Hamudin you got PERTAMAX...! hehehehe...
Reply
avatar