Dah kurus, nak diet apa?

Hi.

Lately aku rasa semacam. Semacam yang macamana, susah aku nak explain. Okey contoh. Baru-baru ni ada kenduri sebelah keluarga laki aku. Its kenduri. Mean ada makan-makan lah kan. And of course ada nasi, daging, and lauk-lauk lain. Tapi bila aku tengok rupa nasi tu, ya ampun. Rasa nak muntah ahkak nokkkk. You see, you see. Kinda symptom mummy to be kan. Hakhakhakk. Amin ya Rabb.

Sumpah nafsu aku nak makan nasi masa tu mati. Dan syukur alhamdulillah ada hidangan lain yang depa sediakan. Which is kita ada buah tembikai, agar-agar, cupcake, kurma, kuih muih, lekor. Eh, eh lekor pun aku rasa nak muntah bila tengok. Haruuuuu. Aku ambik yang manis-manis dan sweet-sweet macam aku je. Yang masin, yang tawar, yang pahit, mahap. Lain kali boleh runding.

Macam biasalah. Keluarga yang lain nampak aku tak makan nasi, semua nak tuduh aku on diet. Mak cik, sepupu, nenek, semua pakat cakap aku diet. Oh Tuhan. Kalau saja mereka tahu aku nak termuntah masa itu, sure tembikai satu biji, puding setalam, kuih berpinggan, kurma berbungkus, akan disuakan pada aku. Mihmihmihhh.

Aku cakap aku tak diet, takde sorang pun yang nak percaya. Kecuali laki aku sendiri. Dia je yang tau. Dia yang suruh aku makan buah banyak-banyak kalau takda selera nak menghadap nasi. Memanglah kan. Suami yang paling dekat. Sure dialah yang tahu.

Semalam aku pergi tempat kerja lama aku, kawan-kawan duk complain pasaipa aku dah makin kuruih ni. Sampai ada yang cakap tak kenal aku dah. Ciss. Hampa sungguh. Badan aku dah makin susut. Dahlah kuruih, la ni makan nasi langsung takdak selera. Eh, pasaipa loghat lain macam bunyi ni. Zzzzzz. Nak buat cemana. Takda selera. Dapat makan nasi pun, berapa suap je. Nasib badanlah.

Sekarang pun, selera kejap ada kejap takda. Macam ala-ala chipsmore gitu. Ibu dah pesan, paksa je makan. Okey paksa. Tapi depan ibulah. Belakang ibu, hihiii.

posted from Bloggeroid

Previous
Next Post »