Kerja Sebulan Tak Cuti

Dah lama kot aku tak update semenjak sibuk kerja. Eleh. Sibuklah sangat Tia oi. Gile kau tak sibuk. Masuk kerja pukul 10 pagi. Habis kerja 10 malam. Balik rumah, dah penat. Pagi tak payah ceritalah. Hahaa. Waktu kerja pula, tak boleh nak main handphone sangat. Dapat pegang pun kejap je. Nak melekat dengan handphone, memang tak lah kan.

Tadi sir P ada tanya semua staf. Untuk bulan 6 nanti nak cuti masa bila? Semua staf dah pilih tarikh nak cuti. Sampai giliran aku, aku kata tak nak ambil cuti. Nak kerja sebulan penuh. Dia pun macam shock kejap. Biar betul budak ni tak nak bercuti. Hmm. Plan aku, macam tu lah. Untuk bulan Jun nanti, aku tak nak ambil cuti. Kalau Allah izinkanlah. Sebab big boss kata, kalau kerja tanpa ambil cuti dapat double payment. Aku pun macam "eh, biar betul?" Sebab, kalau dapat double. Banyak tu.

Untuk mula-mula ni, aku eksaited jugalah nak kerja. Kan first time. Tu yang sampai tak terfikir nak ambil cuti. Nak seronok-seronok tu semua, aku tolak tepi dulu. Aku nak tolong family. Anak sulung kot. Adik-adik pun masih sekolah. Kesian dekat ibu and ayah aku.

Aku mula kerja 23 Mei 2015. Kalau masuk hari ni, kira dah seminggu 1 hari aku kerja. Boss aku baik gile kot. Tak payah nak tunggu genap sebulan baru dapat gaji. 3 Jun 2015 ni dapatlah gaji. Sekali dengan slip. Kalau tanya berapa tu, aku tak taulah. Aku bukan kerja ofis. Sales assistant je dekat kiosk cermin mata. Untuk gaji pertama ni, afdhal sungguh rasanya kalau bagi family.

posted from Bloggeroid

Previous
Next Post »