Kerja di Kedai Cermin Mata

Aku baru habis jawab paper kelmarin. Ramai jugak yang tanya, susah ke senang soalan dia. Hmm. Aku pun tak tau nak kata macamana. Tapi meroyan jugalah duduk dalam dewan tu kalau ada soalan yang susah nakmati. Pendek kata, tunggu je lah result keluar ye. Tawakal.

Lepas habis je exam, aku cabut sebab bos dah call dah whatsapp tanya aku dekat mana. Bos panggil masuk kerja. Sebenarnya aku dah minta cuti sehari. Yelah, kan exam start 9 pagi sampai 5.30 petang. Waktu kerja pula mula 10 pagi sampai 10 malam. Kalau aku masuk jam6 petang, tinggal 4 jam jelah lagi nak stay dekat kedai. Aku rasa macam tak berbaloi kot. Tapi bos panggil juga masuk kerja. Dia kira setengah hari. Untunglah kannnn.

Dah hampir 3 hari aku kerja. Kedai buka 23 Mei hari tu. Hari sabtu. Gile ah ramai orang. Patah mematah badan maksss. Tapi seronok. Aku suka kerja ni. Oh lupa. Aku kerja dekat kedai cermin mata. Gaji pun aummm! Nak dekat 1k. Tapi kerja memang sesaklah. Tak macam kerja dekat ofis. Ada lunch hour bagai. Kalau kerja tempat aku ni, kalau customer tak ramai. Bolehlah lari kejap tapau lepas tu makan dekat kedai cermin tu.

Ni first time aku kerja. Memang heaven! Pertama kali kerja terus dapat bos yang layan kau baik gila. Macam kelmarin masa aku tengah berjalan kaki nak ambil bas ke tempat kerja, bos call.

Bos : Teha, you kat mana?
Aku : Tengah jalan kaki bos nak ambil bas. Baru habis exam tadi.
Bos : Okay, okay. Thank you Teha. Sorry okay sorry. Nanti i belanja you makan besar.
Aku : Eh no lah bos. No sorry. Okay bos. Am on my way ke sana. Jangan risau ye.

Kedai tu baru buka. Perlukan pekerja. Tapi full time lah sebab yang part time dah ramai. Aku ni full time. Aku suka kerja sana. Bos dia tak berlagak. Baik je layan staff. Suasana best, majikan peramah, gaji aumm!

Okeylah. Aku nak pergi bersiap. Aku ni kena bersiap awal sejam. Kalau tak, parah. Bai uolssss.

posted from Bloggeroid

Previous
Next Post »