Gula untuk Anak Kak Melah

Tok, tok, tokk! Kedengaran pintu rumah diketuk.

“Buka pintu tu Iman,” arah Mia.

Lepas bercakap sebentar, Iman menutup pintu perlahan.

“Ada orang minta gula.”

Mia memandang Iman.

“Siapa?” soal Mia.

“Anak kak Melah,”

Mia berfikir sejenak. Gula yang mereka ada pun, baru juga dibeli petang tadi. Itu pun, dia dengan Wan berkongsi duit. Bulan ini memang mereka kesempitan duit. Syukur Wan ada simpanan dalam tabung. Tapi taklah banyak. Harga gula RM3.20. Mia ada RM1.20. Wan pula ada RM2.20. Lepaslah untuk beli gula 1kg.

Mia bergerak ke dapur. Wan tengah masak.

“Ada orang minta gula,”

“Siapa?” Wan mengajukan soalan macam Mia masa mula-mula tadi.

“Anak kak Melah. Kita bagi jelah ye,” kata Mia. Bukan minta pandangan. Tapi itulah keputusan.

“Bagi jelah. Kita kongsi rezeki Allah,”

Mia tersenyum mendengar jawapan Wan. Mia setuju dengan Wan. Gula itu bukan hak mereka sepenuhnya. Ada hak orang lain juga untuk guna gula tu. Mungkin untuk anak kak Melah. Wan sambung masak untuk makan malam.

Previous
Next Post »

1 Comments:

Click here for Comments
TheEunola
admin
May 12, 2017 at 4:04 PM ×

gula :)

Congrats bro TheEunola you got PERTAMAX...! hehehehe...
Reply
avatar