Segan dengan Blogger

Assalamualaikum.

Kadang, rasa segan juga dengan blogger lain yang datang ke blog ni lepas tu tinggalkan komen tiap kali ada entri baru. Atas sebab-sebab tertentu, menyukarkan diri untuk blogwalking dan balas jejak kasih mereka.

Lebih-lebih lagi sekarang si bongsu tu dah mula berkepit dengan laptop. Susah nak rebut takhta. Asyik dia je yang menang. Maka, diri akur untuk membiarkan dia merajai laptop.

Ni pun dapat update blog guna tab adik. Download bloggeroid dekat play store untuk memudahkan proses update blog. Tapi tu lah. Tak dapat nak blogwalking dan tinggalkan komen.

Sebenarnya boleh blogwalking. Cuma, tak dapat nak tinggalkan komen. Jadi silent reader. Dapat baca entri je. Nak menyuarakan komen tu, ah. Memang tak dapat.

Mohon tak adalah yang terasa. Lebih-lebih lagi kak Diana. Maaf kak.

Kalau ada yang blogwalking guna handphone atau tab, boleh bagitau cara tak? Kongsilah sikit. Guna browser biasa memang tak lepas nak log in blogger. Apatah lagi opera mini.

posted from Bloggeroid

Previous
Next Post »

2 Comments

Click here for Comments
October 26, 2014 at 3:23 PM ×

Oh, yakah? Tak apa, sebenarnya para Blogger selalunya tak berapa kisah. Yalah, berapa blog yang mereka blogwalking sehari kan? Manalah perasan~ ;)

Reply
avatar
October 27, 2014 at 7:44 AM ×

xpa sabar2...slalunya si bongsu akan dpat lebih

Reply
avatar