Review Simkad Altel

Assalamualaikum.

Jenuh juga nak mencari kelebihan simkad Altel ni. Yelah, simkad ni kan masih baru. Sekarang, aku nak review sebab aku dah pernah guna. Yelah, masa tu sana sini sibuk cerita pasal Altel. Ramai kata Altel laju bila online. Dan akhirnya aku terbeli juga. Harga boleh tahan. RM7 dan ada RM5 kredit sedia ada dalam simkad. Aku beli simkad tu terus dari kedai.

Nak kata harga internet Altel tu murah, tak juga. Sebab harganya lebih kurang juga dengan internet telco lain. Sebulan RM28 kuota 1GB. Haa, tak jauh beza kan? Tapi bukan sebab tu aku terhegeh-hegeh nak pakai Altel ni. Aku nak cuba juga kelajuan internet dia. Dan aku boleh kata, awesome! Puas hati juga lah. Selalu dapat 3G.

Tapi satu yang aku tak suka. Rupanya 1GB tak cukup untuk aku guna buat online. Tak sampai setengah bulan, kuota 1GB tu dah kering aku kerjakan. Sedih jugalah sebab line dah laju. Gambar dekat instagram pun sekali kelip mata je dah habis loading. Last-last kuota pula yang dah habis. Meraung kejap aku.

Sejujurnya, sampai detik ini. Baru sekali aku guna simkad Altel tu untuk buat online. Lepas tu simkad tu beradu dengan aman dan sejahtera dalam laci meja. Yelah, nak buat call orang tak ada pun orang sekeliling yang pakai Altel. Jadi, aku jeruklah dalam laci.

Ohye, sebelum aku betul-betul simpan simkad tu jadi hiasan. Ada lagi baki kredit dalam RM1 lebih. Untuk tak membazir, aku pun gunalah baki kredit untuk online. Tak puas hati online guna handphone, aku jadikan handphone sebagai hotspot untuk aku connect pula dekat laptop.

Amazing betul aku rasa bila berbekalkan kredit yang ciput tu, aku boleh melayari internet guna laptop selama 1 jam lebih. Perghhh... Yelah, lepas habis kuota 1GB tu. Dia akan cas 5sen/MB. Kira murah tu. Lepas dah kenyang online 1 jam. Aku cabut simkad dan tanpa rasa bersalah, aku simpan dalam laci dan tak on sampai sekarang.

Aku berdoa semoga suatu hari nanti Altel akan buat unlimited untuk internet dia walaupun aku tau itu semua dalam mimpi cuma. Zzzz..

Previous
Next Post »

3 Comments

Click here for Comments
Unknown
admin
September 27, 2014 at 6:37 PM ×

amboi..sekali kedip je guna ig ye..akak guna hotlink je..lagipun jarang2 guna sebab jarang keluar rumah...kalau kat umah memang dah ada internet.

Reply
avatar
Ooh Deo
admin
September 28, 2014 at 5:04 AM ×

review yg menarik dalam bentuk cerita..senang nk hadam..hehehe

Reply
avatar
Anonymous
admin
October 17, 2014 at 9:27 AM ×

Punya lah suspen cite nieyhh...👻-_-#

Reply
avatar