Sayang Nak Tayang

Dengan Nama Allah s.w.t Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Saya dah lama ada facebook. Dulu-dulu lagi. Masa tu saya bukan macam yang sekarang ni. Dulu saya salah seorang dari 'mereka' yang gemar upload gambar sendiri masuk dalam facebook. Tak cukup dengan tu, rajin pula tukar gambar profile.

Motif? :D

Tapi tu dulu. Sekarang saya dah sedar. Sayang betul nak tayang gambar sendiri untuk ditatap oleh orang lain. Betul ...

Kalau orang dulu-dulu, datang rumah kita, tanya mana album, sebab nak tengok gambar-gambar kita. Kalau tak pun, mereka akan minta izin kita nak tengok album gambar tu.

Tapi sekarang, orang masuk akaun facebook kita, buka album suka hati mereka, tengok gambar-gambar kita yang ada 150 juta posing yang berbeza, tak minta izin pula, Allah :'(

Sayangnya nak tayang gambar dekat orang yang kita tak kenal. Kena tatap dari atas sampai bawah pula tu. Kalau keluarga tak apa. Ni entah siapa-siapa pun kita tak tahu. Aduh :(

Lagi parah kalau orang yang tengok tu ada penyakit hati. Membayangkan yang bukan-bukan bila tengok gambar yang tak cukup syarat tu.

Saya tak kata berdosa kalau upload gambar. Ustaz Azhar Idrus pun ada kata, nak letak gambar biar dengan saiz yang kecil saja. Tak usahlah diletakkan gambar yang dari atas sampai ke bawah pose nya.

Kalau bukan kita yang hargai diri kita, siapa lagi?

Masih belum terlambat untuk kita buang gambar-gambar kita yang TAK PAKAI TUDUNG, PAKAI BAJU KETAT, BUAT MIMIK MUKA TAK ELOK, POSING TAK SENONOH, GAMBAR BERDUA DENGAN BOYFRIEND.

Buanglah gambar-gambar macam tu. Tak ada yang mendatangkan manfaat pun melainkan keburukan. Renung-renunglah balik diri. Tu semua tipu daya syaitan yang menggoda para wanita.

Semoga kita dijauhkan dari hal yang sedemikian rupa ...

Previous
Next Post »

7 Comments

Click here for Comments
aizamia3
admin
July 17, 2013 at 3:22 PM ×

tak rugi pun kalau tak upload dalam fb.. ;)
kalau nak tengok sangat mai datang umah.. ahaks.. ;)

Reply
avatar
July 17, 2013 at 3:57 PM ×

Takut tak sempat delete nanti.. saya dah deactivate sepanjang bulan mulia ni. insyaAllah akan permanently delete raya nanti :')

Reply
avatar
Munn Jaafar
admin
July 17, 2013 at 4:30 PM ×

hi tia :) lama tak dtg jenguk blog tia..

dlu pun sama, ada jgk upload gmbr 'masa muda2' dlu..tp skrg byk yg dah diprivatekan

Reply
avatar
ary_lee
admin
July 17, 2013 at 8:06 PM ×

HohohohoXD
Errrmmmm... Ary lebih kepada "Malu Nak Tayang".. HahahaXD

Reply
avatar
Tinta Lana
admin
July 17, 2013 at 8:20 PM ×

Assalamualaikum.

Alhamdulillah tia..akak pun dah tinggalkan tabiat upload gambar sendiri or ahli keluarga kat fb. Yang ada, mcm yg tia tgk lah, kejap2 update artwork,hehe.

Sejak kena hack fb akak bbrpa 2-3 thn lepas, akak ambik pengajaran dari situ.. :)

Reply
avatar
reenapple
admin
July 17, 2013 at 10:04 PM ×

Aku tak pernah upload gmbar sendiri kat facebook. Tu yg selalu orang tak tahu tu aku.. Haha. :)

Reply
avatar
Pha Is
admin
August 1, 2013 at 2:47 PM ×

betol.. masib belum terlambat... sempena bulan ramadhan ni, eloklah sama2 muhasabah balik..

Reply
avatar