Resepi : Nasi Goreng 'Terjun'

Dengan Nama Allah s.w.t Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Alangkah bahagianya hidup kalau kita selalu kaitkan kehidupan kita dengan Allah s.w.t.. Sesungguhnya, yang baik itu datang dari Dia dan yang buruk itu datang dari diri kita sendiri.

Bila kita faham perancangan Allah, kenapa kita diuji, kenapa perkara tu terjadi, insyaAllah. Hebat macamana pun dugaan yang diberi, kita akan tersenyum bahagia kerana kita percaya Dia adalah sebaik-baik perancang.

Alhamdulillah, semenjak berhijrah. Saya mulai faham banyak perkara. Terima kasih Allah.

Semalam saya goreng nasi. Saya gunakan saja bahan yang saya jumpa dekat dapur. Nasi goreng campak namanya.

1. Bawang merah, putih dan besar (dicincang)
2. Lebihan nasi tengahari (pecah-pecahkan)
3. Lada putih/lada sulah
4. Untuk pedaskan sikit, saya letak 3 biji lada
5. Garam dan ajinomoto secukupnya
6. Telur 2 biji
7. Sedikit minyak untuk tumis bawang

Saya goreng nasi ni ikut suka hati. Walaupun saya kata campak, tapi taklah saya main campak je. Penuh sopan saya masukkan bahan-bahan tadi dalam kuali. Yang campaknya adalah, bahan-bahan yang digunakan tak adalah mewah. Bahan-bahan asas juga.

Alhamdulillah, walaupun namanya 'Nasi Goreng Campak'. Dengan izin Allah s.w.t, nasi goreng tu jadi sedap. Saya masak untuk keluarga. Takut juga tak ikut tekak mereka. Tapi Allah s.w.t permudahkan semuanya. Rasa gembira dan bahagia sebab dapat buat orang suka.

Hal yang sebenarnya, saya ni taklah pandai masak. Ibu pun dah 'basuh' telinga ni. Macamana nak kahwin kalau tak pandai masak untuk suami nanti. Sengih saja jawabnya.

Kita masak yang sedap-sedap tu semua, bukan dari diri kita. Tapi ilham dari Allah s.w.t.. Tanpa izin dari-Nya, kita campak bahan-bahan mewah pun, takkan sedap kalau tak diizinkan Dia. Jadi, bila dah sedap. Ingatlah pada Dia. Segala pujian dari manusia itu kembali pada Dia. Alhamdulillah.

Mudahkan hidup bila kita mengingati kekasih abadi kita :)
posted from Bloggeroid
Previous
Next Post »

3 Comments

Click here for Comments
reenapple
admin
June 1, 2013 at 12:19 PM ×

Aku selalu juga buat macam tu sekarang, bila aku dapat idea menulis, aku teringatkan DIA. Alhamdullilah. :)

Reply
avatar
Tinta Lana
admin
June 1, 2013 at 12:23 PM ×

Salam.

Mak akak dia buat dek je,hehehe.

Mak kata, masa dia muda, dia belajar memasak dengan cara perhati org yg memasak. Takda siapa ajar dia tia.

Alhamdulillah, boleh je. Memasak ni, campak tak campak, yg penting, betulkan niat, mulakan dgn bismillah, praktis make perfect. Tu je. ^^

Reply
avatar
ewanthology
admin
June 1, 2013 at 5:58 PM ×

saya tak reti masak... nak campak campak pun takdei idea apa yg perlu dicampak dalam kuali tu :-)

Reply
avatar