Saya Blogger. Kamu?

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum ...


Kerjaya sebagai blogger bukanlah popular sangat pun. Tapi rezeki manusia kan tak sama. Ada juga lah segelintir dari mereka yang popular melalui blog.


Bukan tu yang saya nak ceritakan. Saya bangga menjadi seorang blogger. Mungkin saya tak popular macam segelintir dari mereka yang lain. Tapi bergelar seorang blogger dalam dunia blogging memang sangat awesome!


Kawan di sekeliling saya tak ramai yang tahu pasal dunia blog.


Kadang-kadang bila pensyarah buka topik pasal blog , saya lah orang yang paling teruja mendengarnya. Ada juga lah kawan sekeliling yang tau saya aktif dengan blog. Bila pensyarah tanya siapa ada blog , terus semua tuju dekat saya.


Tapi , rasa malu pula bila kena tanya nama blog. Takut nanti ada pula stalker setia. Kalau baca tapi diam-diam tak apa. Dibuatnya bawa ke luar dunia nyata . tak ke haru jadinya.


Inilah saya. Orang takkan tau perasaan sebenar saya sebab saya takkan tunjukkan pada wajah saya. Tapi saya luahkan dalam tiap kata-kata yang saya tulis. Bacalah dan kenali siapa saya melalui cerita yang saya karang.


Dan saya memilih blog dan menjadi seorang blogger ;)

Previous
Next Post »

5 Comments

Click here for Comments
||aLeaSaRa||
admin
February 19, 2013 at 11:54 AM ×

akk mmg pelik klu tiap kali tya kwn2 kt ofce,dorg kata xda blog.bg akk sapa xda blog mcm ketinggalan erl.akhirnya akk dh berjaya jdkan 4 org ofcemate sbg blogger he3!

Reply
avatar
February 19, 2013 at 11:58 AM ×

hikhik samalah, tp lebih senang jd blogger low profile.hikhik

just haritu kantoi dgn bos, bos dok gugel2 tgk2 dia tanya, "eh kenapa blogger ni rupa macam u?"haha rasa kelakar sgt masa tu,so dah tak boleh kutuk2 bos dlm blog.hikhik

:3

-xoxo-
S

Reply
avatar
Fariq
admin
February 19, 2013 at 12:15 PM ×

sama la.. selalu gak org yg tatau pasal blog contohnya rakan2 asek tanya kat kwn bila dpt tau kwn ada blog. sampai malas nak lyn dah. bukan malu ke ape, tiap kali tanya, bley buat duit ke benda tu.. haha

ah ayat mcm belit2 plak.. jgn mara

Reply
avatar
missina
admin
February 19, 2013 at 11:32 PM ×

Betui2...ada blog ni leh release tensen gk kan...luahan hati yg kdg2 tk terucap

Reply
avatar
Encik H
admin
March 7, 2013 at 5:25 PM ×

yup..perasaan tulis blog, interaksi dgn kawan2 yg baca, kongsi pendapat, kongsi cerita, memang best..

sy pulak xnak org tau yg sy ada blog..dan kalau ada yg tau pun, buat2 la macam xtau jer..segan kot bila dunia maya kita diketahui oleh mereka2 yg wujud kat dunia nyata..:D

Reply
avatar