Beza Wanita Di Realiti dan Maya

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum ..

Macam yang kita semua tau , blogger-blogger yang ada dekat Malaysia ni bukan cuma terdiri dari golongan muda remaja macam aku je. Tapi , meliputi golongan-golongan seperti ibu-ibu mithali , pak-pak mithali , kanak-kanak ribena dan lain-lain. Haa , yang lain-lain tu you fikir sendiri eh.


Kalau dalam dunia nyata , wanita-wanita yang tergolong dalam golongan ibu-ibu mithali , aku akan panggil dorang MAK CIK. Hehe. Yelah , sebab dorang kan kawan kepada ibu tercinta aku. So , haruslah aku panggil mak cik.


Berbezanya bila dalam dunia maya. Especially dalam dunia blogging ni. Takde sorang pun yang aku panggil MAK CIK even anak dia dah bersusun. Aku tetap panggil KAKAK. Tak aci kot aku nak panggil mak cik. Wanita harus sentiasa rasa muda. Bila muda , kuat. Bila kuat , bolehlah dia jaga keluarga dia dengan baik dan menjadi seorang ibu yang mithali. Aku lettew , aku lettew :D


Tapi , bila dah meningkat dewasa ala-ala boleh jadi calon menantu ni. Panggilan mak cik dekat kawan-kawan ibu tercinta semakin berubah. Aku tak ubah , automatik!


Contohnya masa aku pergi beli handphone dekat satu kedai ni. Ada satu akak ni yang layan aku. Sembang punya sembang nak model handphone macamana , tetiba ibu aku menyelit. Laa , rupanya kawan dia. Tinggal satu kawasan dekat kitorang. Aku je yang tak kenal.


Takde sepatah pun aku panggil kawan ibu aku tu MAK CIK. Panggil akak juga. Entahlah , mungkin sebab aku tengok muka akak tu macam muda remaja lagi kot.


By the way , kakak-kakak yang sentiasa muda remaja di luar sana. Aku ada satu quote yang aku suka giler. Aku petik dari lagu nasyid. Impian Kasih by In-Team. Cari dan dengar okey. Sangat memberi motivasi pada diri aku seterusnya menjadikan aku hamba yang bersyukur dengan apa yang ditentukan Allah S.W.T pada diri aku :) **senyum bahagiaaaaa


Wanita hiasan dunia. Seindah hiasan adalah wanita solehah. Yang akan membahagiakan syurga di dalam rumahtangga 


Previous
Next Post »