inikisahtia.com Tinggal Kenangan

Bismillahirrahmanirrahim. Assalammualaikum. Amboi tajuk .. Bukan main lagi. Dah lama sangat saya tak update blog kesayangan saya ni. Hampir tiga bulan juga saya tak aktif. Mesti saya dah banyak ketinggalan kan? Hehe. Nak kejar , entah sempat kejar entah tidak. Saya kejar yang mana sempat ajelah ye.


Alhamdulillah. Sekarang saya tengah bercuti. Sebulan lebih juga cuti saya ni. Oh tapi percutian yang penuh debaran sebab saya tengah menunggu keputusan peperiksaan akhir. Bukan keputusan peperiksaan aje. Tapi keputusan kolej juga samada saya akan dapat kemudahan asrama atau tidak.


Merujuk kepada tajuk entri. Hmm , saya rindukan domain saya. Serius ni. Saya rindu inikisahtia.com. Tapi buat masa ni saya tak dapat renew lagi. Entahlah bila. Lagipun , saya sendiri dah jarang sangat dapat update blog. Kalau dapat pun , sekali sekala aja. Dah tak boleh nak jadi full time blogger sebab status saya sebagai seorang pelajar akan berlanjutan selama dua tahun lagi. Lama kan?


Takpelah. Tak dapat jadi full time blogger , jadi part time pun boleh lah kan. At least , masa cuti saya ni taklah terbuang dengan sia-sia. Daripada saya melilau dekat luar tak ketentuan hala. Baik saya tambah ilmu di dada disamping berkongsi ilmu yang ada.


Setakat ni dululah intro saya. Hehe :)

Previous
Next Post »

3 Comments

Click here for Comments
November 4, 2012 at 12:56 AM ×

Faham dengan kesibukan seorang yang masih belajar... semoga berjaya dengan jaya dan cemerlang...

Reply
avatar
Hidayah
admin
December 1, 2012 at 11:25 AM ×

betul lah tia...!

tia...!

rindu lah...!

ptt la akak klik klik link dah takde..

dah takde entry tia

dah ada pengiklan lain ambik kot

cuba tia google sendiri inikisahtia.com tu.. web lain ..

welcome back sis..!

serius kak dayah windu.. ;)

Reply
avatar