Dengarkanlah Permintaan Hati

Malam itu Noe meluangkan masa di sebuah cafe dengan menulis sesuatu di atas sebuah buku. Tapi secara tiba-tiba ada orang menuangkan petrol dari arah belakangnya. Baju Noe habis basah lencun. Lalu dia beranjak dari kerusinya untuk melihat siapakah gerangannya yang berbuat begitu.


Kelihatan seorang gadis yang sedang marah melemparkan bekas berisi petrol yang sudah kosong itu ke arah Noe. Tambah membingungkan Noe bila gadis itu memegang pemetik api seolah-olah mahu membakarnya. Lalu dia bertanya.


"Ada apa ni ..?"


Dengan pemetik api yang bernyala masih ada di tangan gadis itu , dia berkata


"Kamu .. Kamu jahat!!!"


Noe masih belum faham.


"Nanti , nanti , nanti .. Kamu siapa? Kamu .."


Lalu gadis itu menjawab.


"Aku adalah kamu. Kita dulu adalah satu!!"


"Nanti dulu , nanti .. Cuba kamu jelaskan. Salah aku apa?"


Sambil menangis gadis itu berkata ,


"Kamu sudah meninggalkan aku! Kenapa Noe , kenapa??! Kamu ingat tak dulu? Dulu masa kali pertama kita bertemu. Aku bergaduh dengan kekasihku sehingga dia menampar aku. Habis jatuh semua buku-buku yang aku pegang. Dan kekasihku pula meninggalkan aku terkapai-kapai di situ. Tiba-tiba kamu datang Noe. Kamu menghampiri aku sambil berkata "aku tak faham. Kenapa makhluk yang sangat mulia bernama wanita dilakukan seperti ini ..?"

"Di saat itu aku cuma mampu menjawab "habis macamana , sudah sayang". Kita bangun dan kamu menghulurkan tangan memperkenalkan diri kamu. Kamu datang tepat masanya di saat aku memerlukan orang seperti kamu ..!!"


"Maafkan aku kalau benar aku pernah sakiti kamu. Tapi aku betul-betul tidak mengenali kamu ..?!"


Gadis itu menjerit sambil menangis. "BOHONG..!! Kamu sudah tinggalkan aku ..!!"


"Sejak perkenalan kita hari tu , kita semakin rapat. Dan kamu , mula memberi harapan baru dalam hidup aku. Kamu menyembuhkan luka di hatiku Noe. Sehinggalah pada saat kamu melamar aku. Kamu katakan "terlalu susah untuk manusia biasa memahami CINTA. Tapi yang pasti cinta yang diakhiri dengan perkahwinan akan kekal selamanya kerana cinta itu hakiki". Itu adalah saat yang terindah dalam hidup aku."


"Aku bukan apa-apa tanpa kamu. Aku hilang tanpa kamu .." Gadis itu masih menangis.


Lalu Noe berkata , "bagi aku satu alasan kenapa aku boleh tinggalkan makhluk seindah kamu?"


"Pada suatu petang , aku menerima sepucuk surat dari kamu. Pada mulanya aku sangat gembira kerana menyangkakan kandungannya sama seperti surat-surat mu sebelum ini yang membahagiakan aku. Ada titisan darah pada surat itu. Dengan kekuatan yang ada , aku baca isi kandungan surat mu itu."


Untuk Marsha Cahayaku ..
Takkan ada kata yang boleh aku sampaikan
selain MAAF dan TERIMA KASIH
kerana kamu telah memberikan makna dalam hidupku yang sempit ini ..

Aku harus pergi ..
Bukan pergi meninggalkanmu tapi hanya terlepas darimu ..
Jika kamu yakin denganku ,
maka memang inilah cara terbaik untuk dilakukan ..

Aku tidak mahu terus menyakitimu ..
Ketahuilah Marsha ,
aku sakit dan hayatku untuk hidup di dunia sudah semakin singkat ..
Barah hati yang aku hidapi sudah diperingkat akhir dan aku semakin hampir dengan kematianku ..
Maafkan aku Marsha ,
kamu adalah insan terbaik yang pernah aku jumpa dalam hidupku ..


"Kamu tahu tak betapa sakitnya hati aku selepas baca suratmu itu.  Kenapa kamu sanggup lakukan itu pada aku di saat aku sudah terlalu menyayangi kamu? Sampai satu saat di mana aku tidak dapat menanggung kesakitan yang ada dalam hatiku , aku memohon "kalau aku dapat kembali ke masa lalu , aku akan bunuh kamu sebelum aku bertemu dengan kamu ..!"  Dan ternyata permintaan hati aku dikabulkan."


"Jadi , kamu datang dari masa depan untuk bunuh aku?"


"Ya! Aku datang untuk membunuh kamu sebelum kamu datang dalam hidup aku. Kamu tak tahu betapa terseksanya aku tanpa kamu."


"Maafkan aku atas semua kesalahan yang belum pernah aku lakukan. Aku tak pernah mahu menyakiti sesiapa pun."


Dan tiba-tiba Noe terbangun dari tidurnya. Baru dia sedari yang dia cuma bermimpi tadi. Di atas meja yang sama dalam mimpinya tadi , ada pemetik api sama seperti yang gadis itu pegang. Noe hanya tersenyum ..



Cerita ini telah diedit oleh saya dari SINI

***************
  • No hard feeling okey ..
  • Kejarlah dulu cinta Allah kerana cinta Allah itu cinta yang akan kekal abadi.
  • Jangan pernah berharap cinta pada manusia itu indah selamanya.
  • Semua manusia akan mati. Bezanya , cepat atau lambat sahaja.
  • Cerita di atas adalah rekaan semata-mata.

Previous
Next Post »

7 Comments

Click here for Comments
May 1, 2012 at 11:48 AM ×

wow, best best.... blh buat cerpen... btl tu kerjalah cinta Allah terlebih dahulu...^.^ nice

Reply
avatar
H.K.L
admin
May 1, 2012 at 12:09 PM ×

sangat berdebar2 bila baca.. fuh lega bila dekat ending, rupanya mimpi >.<

Reply
avatar
Anonymous
admin
May 1, 2012 at 12:51 PM ×

as-salam..
rupanya mimpi..lega... -.-

Reply
avatar
Pha Is
admin
May 1, 2012 at 6:05 PM ×

pergh.. suspen giler... hahaha

Reply
avatar
adan
admin
May 1, 2012 at 6:49 PM ×

Ini cerita masa hadapan sudah ni.. cerita luar bumi.. =="

Reply
avatar
ary_lee
admin
May 2, 2012 at 12:52 AM ×

okeyh..
cerita ni menarik hati ary..
tapi betul ke video klip dia mcm ni?

*cepat-cepat gugel

Reply
avatar
ary_lee
admin
May 2, 2012 at 12:59 AM ×

seriously, dulu ary tak suka lagu ni tapi ary jadi suka bila dengar di blog ni^^

Reply
avatar