Indahnya Perasaan Ini Ya ALLAH ..

Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Semakin kuat rasa dalam hati ni untuk berubah. Berubah ke jalan ALLAH. Bukan riak. Tapi sekadar berkongsi rasa dengan hamba Allah yang lain. MasyaAllah , indahnya perasaan ni.


Islam , seluas-luas pintu , di dalam ajaran Islam , ialah pintu Taubat.


Allah menyatakan :

"Wahai hambaku , jika dosamu itu sampai ke langit , banyaknya daripada bumi sehingga ke langit .. kemudian engkau istighfar , engkau mohon keampunan daripadaku .. Aku ampunkan engkau Aku tidak peduli." 
[sumber : Harapan dan kembali - taubat dan doa]

Sekarang , langkah demi langkah akan saya lakukan untuk mencapai impian saya menjadi seorang muslimah sejati. InsyaAllah. Saya takut jugak kalau-kalau ini perasaan yang bersifat sementara sebab bila kita nak buat benda baik ni , ada aje halangan. Syaitan akan berusaha  patahkan semangat kita bila kita nak buat benda baik.


Semoga saya kuat dan biarlah perubahan ini berpanjangan sehingga saya mencapai impian saya tu.


Tiada apa yang saya harapkan bila post entri macam ni. Bukan mahukan populariti yang bersifat sementara tu. Dan saya bukan ustazah. Saya cuma manusia biasa yang mahu berkongsi rasa dengan awak di luar sana. Mungkin ada yang boleh dijadikan panduan. InsyaAllah ..


Dan saya tak nak berubah seorang diri. Saya nak orang lain turut berubah. Berubah ke arah yang lebih baik. Kalau menulis di blog adalah jalannya , saya akan terus menulis ..

Previous
Next Post »