Wanita Mengandung dan Keguguran

Assalamualaikum. Sebenarnya Tia tengah buat entri contest berbentuk Search Engine Optimization (SEO)AKU ANAK MALAYSIA MERDEKA. Tapi idea agak kekurangan sedikit jadi Tia simpan ketat-ketat dalam draft. Samada petang ni nak publish atau malam nanti tengoklah. Terima kasih dekat Bro Ahmad dan Ezad Skytech sebab dah tag Tia untuk join contest tu.


Tia ada baca entri dari Ben dengan tajuk Keguguran. Memang lajulah klik sebab isteri Ben kan tengah mengandung sekarang. Memang buat suspens. Ben cerita pasal isteri kawan dia yang baru lepas keguguran. Tia yang baca pun rasa kesian. Tapi nak buat macamana, bukan rezeki.

Tia tertarik baca komen-komen pembaca entri tu. Wow! Ada yang bercerita pasal pengalaman, ada yang bagi tips, ada yang bagi nasihat dan ada juga yang bercerita dia baru keguguran. Tia baca dengan tekun satu-satu komen dorang. Lepas tu terfikir nak buat entri untuk simpanan Tia sendiri :)

Ada tips tau Tia dapat dari salah seorang blogger yang memang sah takkan hamil punya (lelakilah tu). Siapa? Syazwan Che Deraman lah. Rajin tau dia baca buku. Ini tipsnya untuk elakkan keguguran.

Mengikat perut di bahagian bawah dengan tali pinggang kain dengan kuat, amalkan mandi air suam setiap petang untuk menjadikan peranakan lebih baik dan kuat..

Setahu Tia, wanita mengandung tak boleh makan nenas sebab nenas tu tajam (Betulkan Tia kalau salah). So, kena hati-hatilah bila nak makan tu terutamanya bila membeli makanan dari luar. Sebolehnya periksalah dulu atau nak lagi yakin tanya terus apa bahan yang digunakan dalam masakan. Kot-kot tukang masaknya ada campurkan nenas tu tapi kita tak perasan sebab potongannya kecil sangat. Kan bahaya tu.


Ada sorang kawan Tia. Dia baru je kahwin dalam bulan April 2011 kalau tak silap Tia. Kitorang sebaya (20 tahun) dan sama-sama praktikal. Satu hari tu dia bagitau Tia yang dia nak buat medical check up hari tu jugak sebab dia syak dia berbadan dua. Huih! Tia yang teruja.. Tapi masa tu suami dia tak ada, kerja di luar kawasan. Agak jauhlah so tak dapat teman kawan Tia buat medical check up tu.

Nak dijadikan cerita, hari tu jugak ada sampai barang-barang untuk kegunaan pejabat berkotak-kotak. So, kitorang pelajar praktikal ni diminta untuk tolong mengangkat kotak-kotak tu. Kawan Tia yang mengandung tu nak ikut tolong jugak tapi kitorang larang sebab dia kan mengandung. Tapi dia degil, nak tolong jugak sebab katanya kotak tu tak berat.

Kotak tu memang tak berat, alaa ringan je. Memang gigihlah kawan Tia tu mengangkat. Sekali esoknya dia telefon Tia bagitau tak dapat datang praktikal sebab dia keguguran! What the?? Dia kata doktor syak punca dia keguguran sebab angkat kotak-kotak tu. Serius Tia susah nak percaya. Kotak tu langsung tak berat. Lagipun doktor tu ada cakap kat kawan Tia tu kata rahim dia tak kuat.

Memang kena berhati-hatilah kan. Ibu Tia pun pernah keguguran sampai 2x. Sekali tu puncanya jatuh dekat tandas, yang sekali tu Tia tak tau. Tapi alhamdulilah, ibu berjaya jugak melahirkan kami anaknya seramai 7 orang. Dan semuanya sihat-sihat belaka. Memang sedih kot bila wanita mengalami keguguran. Macamana sedihnya, Tia tak dapatlah nak gambarkan sebab Tia pun belum pernah lagi mengalaminya.

Apapun, berfikiran positif sahajalah. Mungkin ada sebabnya kenapa Allah tarik balik pemberianNYA tu. Tia suka baca komen yang ni dari entri Ben tu..

Kita berpegang je la pada ayat yang mana benih tak elok Tuhan akan ambil balik sebab dia taknak menyusahkan kita..

Tau tak lebih dari 80% dari keguguran tu sebenarnya adalah anak yang akan dilahirkan cacat @ syndrom.. jadi mungkin ada kebaikkannya di situ. Kena redha dengan ketentuanNya.. insyallah Dia ganti dgn yang lebih baik.. amin..


Yang pasti, kehadiran suami disisi isteri masa mengandung sangatlah perlu. Mesti itu yang diidamkan oleh seorang isteri kan. Oh korang pernah dengar tak kes di mana isteri yang mengandung tapi suami yang mengalami alahan? Ala alahan seperti muntah, pening, mengidam, alah itu, alah ini. Pernah dengar tak? Tia pernah. Isteri yang mengandung rilek je, tapi suami yang menanggung sakit. Hehee..

Takpelah kan. Suka duka kan harus dikongsi bersama. Masa mula mengandung suami rasa sikit, masa nak bersalin isteri rasa sikit. Haa, nanti terbayarlah rasa sakit tu bila permata yang sangat comel selamat dilahirkan. Aloloooooo..

Inilah entri yang akan Tia baca balik bila suatu hari tiba giliran Tia pulak. Hahaa. Awal kan. Takpe, sediakan payung sebelum hujan.. Perhh, lama gila nak buat entri ni sampai habis. Percaya tak entri ni Tia buat dalam masa satu jam lebih. Err ke dua jam?? Alaa, bukan entri kosong pun. Perkongsian bersama. Terlalu panjang? Bosan? Tak nak baca? Tak apa, Tia tak rugi apa :)

Sekian...

Previous
Next Post »

28 Comments

Click here for Comments
Gary Asip
admin
August 25, 2011 at 1:21 PM ×

alamak.. kesiannyer~.. angkat kotak ringan pun boleh keguguran... takut lak nak jadi suami ni... huhuhu~

Reply
avatar
August 25, 2011 at 1:56 PM ×

my mum 3 kali keguguran..
kalo x, skrg ni dh ada 9 org adik.. huhu..

Reply
avatar
August 25, 2011 at 2:10 PM ×

dah penah mengandung dua kali tapi tetap baca entri ni sampai titik akhir..=)

mengandung memang kena jaga betul2...jaga diri jaga anak dalam kandungan. kita nak yang terbaik kan?...

btw,kalau rahim tak kuat mmg takleh lasak...

Reply
avatar
Unknown
admin
August 25, 2011 at 2:10 PM ×

bagus la tia..sebagai tauladan dan nasihat berguna hmm..tia nak join juga huhuu kalah la bro..tia hebat SEO bro tau hmm

Reply
avatar
August 25, 2011 at 2:24 PM ×

tapi ada jugak yang terlanjur terus nak gugurkan kandungan yg tak bersalah tu...kejam

thanks sharing...

Reply
avatar
anez zamri
admin
August 25, 2011 at 3:02 PM ×

kesian pada kawan tia tu..banyak pantang larang jugak mengandung ni kan..tapi ape pun semua ade hikmah..tuhan tau ape yang terbaik buat kita :)

suami perlu ade selalu disisi supaya isteri jadi lebih kuat hadapi segala masalah masa mengandung..

Reply
avatar
Unknown
admin
August 25, 2011 at 3:34 PM ×

bace smpai habis!hehe..erm anggap je la yg keguguran tu x de rezeki kan..lagipon anak yg keguguran secara halal nie akan tg ibu bpk die dekat syurga nnt..insyaAllah~

Reply
avatar
Munn Jaafar
admin
August 25, 2011 at 3:35 PM ×

xpernah keguguran so xtau la nak share apa...cuma psl nenas tu betul dh..ada lagi satu, betik pun xboleh makan sbb panas...tapai pun sama...xboleh...erk byk plak yg xboleh eh...hehe

*komen intense dah hilang sbb edit template hr tu.lau tia perasan blog munna bsepah2 n klm kabut.bloglist sume pun ilang...xbuat bru lg....xpndai nk buat...sedih sgguh =(

Reply
avatar
Alif Haris
admin
August 25, 2011 at 3:37 PM ×

huhu ..berjaga2 lah waktu mengndung tu kan .. bayi dlm tu snsitif ..
huhu

Reply
avatar
Unknown
admin
August 25, 2011 at 5:45 PM ×

"rahim tak kuat"..
ni salah satu faktor keguguran yang agak kuat. lagi satu orang tua2 pesan jgn mkn makanan yg ada campuran cuka. sebab effect dia sama mcm nenas. ilmu utk saya jugak. btw Tia ni kira adik saya la..he5

Reply
avatar
Unknown
admin
August 25, 2011 at 5:57 PM ×

memang banyak kes begitu..1st trimester preggy la paling utama kena jaga. makan pantang,jgn buat keje berat2 sbb masa tu tengah pembentukkan janin. rahim yg tak kuat lebih mudah untuk gugur. tp ada sstgh wanita dia sendiri kdg2 tak sedar dia preggy. untuk org macam tu..

walau ape2 pon ada hikmah kan knpe dia keguguran.

Reply
avatar
diya
admin
August 25, 2011 at 8:09 PM ×

ohh ade jugak tips elak keguguran?
sedh betul kalau mengandung dah nak cukup bulan, then gugur.yg bab alahan tu kan, diya pun pnah jugak dgar. kan best bile diya pregnant suatu hari nnti, bia husband diya yg alah. hehehehee. baru adil, nnti nak beranak kite yg perempuan gak yg sakit XD

Reply
avatar
August 25, 2011 at 8:10 PM ×

uishh..sampai macam tu sekali.
wan yakin cerita tia akan wan ingat sampai bila bila..bahaya kot..sebab angkat kotak ringan, keguguran..bahaya tuu..

thanks tia sebab tag wan.
thanks sebab kongsi.

Reply
avatar
arituarini
admin
August 25, 2011 at 9:55 PM ×

no komen la pasal ni.. kih kih kih

Reply
avatar
Ezad Skytech
admin
August 25, 2011 at 10:43 PM ×

bila tengah mengandung kena la jaga semua..supaya tak terjadi perkara macam ni..

Reply
avatar
ieza ashaari
admin
August 25, 2011 at 10:48 PM ×

kena tahu ilmu nie.. satu hari kita akan jd mama.. :)

Reply
avatar
K
admin
August 25, 2011 at 11:20 PM ×

memang kena hati-hati la kot, huhu T__T

Reply
avatar
August 26, 2011 at 12:22 AM ×

wanita mengandung ni
kene la jage pantang larang...
insyaAllah akan selamat...^^

Reply
avatar
August 26, 2011 at 2:31 AM ×

thanks share entri ni Tia, walaupun tak kawen lg, tapi at least dh tau bila baca entri ni pasal keguguran..kira mcm persediaan mental hehe

yup, nenas tu tajam..ibu hamil msti elakkan huhu

Reply
avatar
EzayHadry
admin
August 26, 2011 at 2:34 AM ×

ishk banyak nak kene tau pasal ni..tetibe bace entri ni rase nak jadi bapa penyayang gitu :P

Reply
avatar
Firdaus Life
admin
August 26, 2011 at 7:56 AM ×

hehe ingatkan ni entri seo tadi :P ... keguguran ... menakutkan dan x dapat bayang =_=

Reply
avatar
August 26, 2011 at 12:13 PM ×

Tia ..i pun ada pglmn jgk..but xder lah sampai keguguran....jus bleeding jerr...sbbnya adalah...naik turun tangga maklumlah rumah bertangga...then ada makan jeruk...masa tu tgh raya plak tu..mmg mcm2 jeruk lah yg i jumpa.....But Allahmdulilah baby selamat sampai dilahirkan....

Reply
avatar
August 26, 2011 at 12:47 PM ×

macam tu pun boleh keguguran ye..

bahaya tu..memang kena hatilah sapa2 yang mengandung tu kan..

Reply
avatar
August 26, 2011 at 1:28 PM ×

tak panjang sgt lah. kalau nk sampaikan info, mmg mcm ni lah. saya baca je dari awl smpi habis. kita pun sebaya. hee. :)

keguguran ni well, semua ibu mengandung pun pasti taknak benda ni berlaku kat diri mereka. tapi mcm komen yg kat blog Ben tu, mmg sgt bagus. ade hikmahnya lah kan. apa-apapun wanita mengandung mmg sgt sensitif. kena jaga semua la. pemakanan, perbuatan.

saya pernah baca kes suami alahan tu dekat mastika. ada satu kes tu, masa isteri lahirkan, isteri tak rasa sakit tapi suami dia yg rasa urat pinggang semua mcm nak putus. lepas tu laki tu ckp dia serik dah nak dpt ank. sbb rasa sakit dia tu tak tertanggung. ibu-ibu kita semua mmg hebat sbb berjaya lahirkan kita semua. :)

Reply
avatar
Eera Shera
admin
October 1, 2011 at 2:02 AM ×

best entry ni..

byk hikmahnya. ada yg ckp keguguran tu mgkin disebabkan mak ayah die x ready lagi nak jadi mak ayah yg terbaik.

anggap je la macam tu untuk perbaiki diri.

Reply
avatar
hannah
admin
June 19, 2012 at 1:05 PM ×

kenapa kebanyakan perempuan selepas gugurkan anak. tidak boleh mengandung ek...

Reply
avatar
hannah
admin
June 19, 2012 at 1:08 PM ×

kenapa kebanyakan perempuan selepas gugurkan anak tidak boleh mengandung..???

apa sebab dia..???

ke dia dah memang tak boleh mengandung.

Reply
avatar
Anonymous
admin
June 19, 2012 at 1:11 PM ×

kenapa kebanyakan perempuan selepas gugurkan anak tak boleh mengandung ek..???


apa sebab dia..???

ke dia memang dah tak boleh mengandung dah..??

Reply
avatar